Semalam 01.01.2013 kita telah pergi ke NSK Selayang bersama Kak Tipah untuk membeli Ikan makanan kegemaran anak-anak beliau. Kita jadi pemandu aje. Beri khidmat kepada warga Vateran. Kak Tipah sungguh benar berbelanja. Masa orang gaji dia sehat dulu, orang gaji yang berbelanja, selalunya di Chow Kit sahaja. Bila dah berkawan dengan kita, kita bawa dia ke NSK, boleh beli lagi banyak dan keadaan nya bersih, ada troli lagi.
Bahan-bahan
1 ikat pucuk manis
1/2 biji labu
sebiji kelapa ambil 2 cawan santan . Jika suka lebih kuah, boleh tambah lagi.
Bahan Untuk ditumbuk
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
segengam ikan bilis yang telah dibersih.
2 biji lada merah , dipotong empat
2 biji chili di titik sahaja.
garam
Cara-cara
1- leraikan daun pucuk manis dari tangkainya
2- Labu di potong (Ikut suka) di buang kulitnya (Jangan habis)
3- Masukan santan dan semua bahan tumbuk kedalam periuk bersama dengan labu. Kacau-kacau selalu
4. Tunggu sehingga mendidih dan rasalah jika Labunya sudah empuk bolehlah masukkan daun.
5. Tambah garam jika tawar, boleh letak perasa tambahn jika suka.
6. Jika labu sudah empuk /lembut bolehlah diangkat.
Apa pun Tak Boleh Jika Tidak Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Di idamkan seperti Wang yang banyak, rumah besar, kereta besar, isteri besar cantik dan soleha. Perlu anjakan Yang Bertubi untuk mencapainya. Jangan Hanya Hangat-Hangat Ta__ A___
Tuesday, January 1, 2013
Sunday, December 23, 2012
Balik Kampung 28 Disember di Moakil, Labis
Ada apa nak balik kampung tu Nanti?
Ceciter!!!!!!
Mulanya mereka pagil kita balik hari Jumaat. Malamnye ada Khenduri Yassin dan Tahlil untuk anak buah kita Zalena. Tiba-tiba kata tak jadi pulak, majlisnya dipercepatkan pad malam Jumaat. Jadi kita kena balik hari Khamislah. Alhamdulillah kita dapat sampai jam 7.15 mlm di Felda Moakil tu. Majlis pun belum bermula.
Masa khenduri ini ada jemputan khas tukang masak dari Rembau, iaitu Wan Munah diberi nama. Tok Wan ini masaknya memang best. Tak ada ngelat-ngelat punya. Kalau masak lemak chili api no 1. Piau punya. Malam itu ahli majlis menjamu selera dengan pelbagai lauk pauk di masak oleh Wan Munah.
Masakan terdiri daripada
1- Rebung Masak Lomak campur Udang
2- Jantung Chelur dengan sambal belacan
3- Ayam masak kicap
4- Sayur campur.
Kesmua masakan ini telah disediakan oleh Wan Munah dengan penuh keikhlasannya. Habis sehingga menjilat jari. Semua tetamu rasa puas hati kerana kelainan dalam penyediaan menu, yang jarang-jarang berlaku diakhir-akhir ini.
Pagi Jumaat itu, hujan turun dari pagi sehingga jam 11. Dek kerana keadaan tanah yang lembab, jam 4 ptg baru dapat kita ziarah Pusara anakanda tersayang. Alhamdulillah, lena dah dapat rumah baharu yang indah.
AL-FATEHA untuk anakanda tersayang.

Bubur Kacang Hijau Berdurian
Hari Sabtu 23.12.12
Pergi kerja hari ini di pejabat Pesona Capital di Taman Kosas. Omi dan Che Mat datang dari Paka untuk ajarkan membuat DPM tentang masuk Inventory dan juga buat RO. Akhirnya dapatlah belajar buat DPM bahagian RO. Lega Rasanya.
Resepi ini memangnya simple dan mengikut selera saya.
Bahan-Bahan
1/2 kg kacang hijau - }Dibersihkan dan kemudiannya di rebus sehingga kembang
2 liter air }
2 cawan gula kasar (Tambah jika kurang manis. Boleh tukar dengan gula melaka jika suka)
5 cawan santan - Ikut keperluan .
1 mangkuk isi durian - boleh jugak dimasukkan sekali dengan bijinya
Cara Membuat
1- Rebus Kacang Hijau dengan air sehingga kembang.
2- Tambahkan Durian. Masak seketika sahaja
3- Tambahkan Santan dan Gula - kacau perlahan-lahan.. Biarkan Seketika sahaja
4- Rasakan Manisnya, jika kurang tambahlah gula.
5- Angat dan hidangkan panas
Selalunya saya suka makan bubur kacang dengan roti Gardenia. atau pun biskut Lemak. Sekiranya tidak habis di makan bolehlah disimpan dipeti air untuk dijadikan ais Krim Kacang Durian.
Saya telah kongsikan Bubur Kacang ini dengan Kawan bilek depan dan Jugak Kak Tipah . Saya bagi tau Kak Tipah.
"Maaf Kak, terlalu kembang dan pekat" Kata dia :"Eloklah tu senang dimakan dan masuk peti ais sedap"
"Mana dapat Durian?" Soalnya.
"Kawan rumah belikan" Kataku.

Cuti Krismas - Kemana Nak Melepak ?
Semalam apa yang berllaku dalam hidupku?
Bangun Pagi jam 5.30 pagi. Menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim dan kemudiannya menguruskan anak-anak seramai 12 ekor. Ekor? anak kuching le. Comel, Castello, Adik , Kakak, Bulat, Bulu, Hitam, Buang, Putih, Tompok, Manis dan dua lagi Sikuning dan si merah Kucing jiran belakang rumah. Gaulkan nasi dan ikan goreng, letakkan secekut-secekut dan biarkan mereka makan. Ada juga yang tangan panjang, jika orang lain nak tumpang makan , kenalah penampar. Paling menyakitkan bila kuku singgah di muka.
Selesai memerhatikan gelagat mereka, aku bersiap-siap pula untuk melepak di Masjid Kampung Bharu mendengar cerama Agama. Sekali sekala kena jugak turun menambah ilmu paling tidak dapat
mengasah otak agar tidak lalai dari tanggungjawab menjadi Muslimah yang sejati. Jika tidak hanya pada nama sahaja Islam, yang lainya lintang pukang. Kata Ustaz, jika 40 hari ilmu tidak di tambah ianya akan menyusut lalu, hiduplah kita tanpa berpanduan. Lama-lama tak kenal mana yang halal mana yang haram. Hentam keromo aje.....
Jam 9.15 samapai kat Masjid, telah bermula DR Rubiah K Hamzah melontarkan suara ganas dan penuh ketegasannya. Kadang0kadang naik terkejut mendengar suara beliau , apabila menyuarakan rasa ketidak puasan hati terhadap tingkah dan sikap sambil lewa ibu-bapa mendidik dan memantau anak-anak. Pemberian Hp juga mendatangkan satu gejala sosial yang sangat teruk di kalangan ibu bapa. FB jugak merupakan satu lamat sosial yang membuat peningkatan kes perceraian di Malaysia. antara kes-kes yang diceritakan nya :

- HP anak penuh dengan gambar lcah. Bila ditanya, bagaimana dapat , ibu dan ayah yang beri.
- Ada Suami yang minta isteri hantar gambar bogel nya melalu Hp aje.
- Ada anak yang berusia 6 tahun bertanya : "Apakah suami akan tahu dia sudah tiada dara jika berkahwin nanti".
- Ada jugak yang bertanya:" Boleh cerita kesah Malam Pertama Ustazah pada dia tak?
- Pelik tetapi itulah sebahagian dari nya.
Selain itu, kata usataz beberapa hari yang lalu, dia dapat sms dari sahabat dia di Aceh mengatakan bahawa telah dua kali bunyi Ngauman yang sangat kuat di laut Aceh. Sebenarnya itu adalah Ngauman Dajjal yang sudah dekat nak muncul . Maka Ustazah kata, "Hendaklah kita melaungkan Azan dimana-mana jua, kerana selagi ada Azan dilaungkan Dajjal tidak dapat Muncul di muka bumi lagi.
Jam 11.00 pagi pula adalah giliran Samkamikaze dan Haliza Helmi.dan Ustaz Shahazan
Sebagaiman biasa Sam mencerikan riwayat hidup dia sebelum menjadi pendawah dan selepas itu. Katanya semasa menjadi Artis dulu, dia mencipta lagu untuk seronok-seronok. Nyanyian tentang memuja perempuan, mengasyikkan, lupa langsung pada Sang Pencipta Yang Maha Kaya.
Heliza pula bercerita tentang pemergiannya ke Gaza yang baru lalu.
"Ya Allah Berikan Kekuatan dan Semangat Yang Jitu kepada Saudara Ku Di Palestin Untuk Menyelamatkan Tanah Air Mereka dari Diceroboh dan Membebaskan Masjidil Aqsa yang Tercinta"
Amin
Thursday, December 20, 2012
Chekodok Kelapa
Petang Semalam untuk berbuka puasa aku hanya membuat chekodok kelapa sahaja. Mudah untuk dibuat, dalam 15 minit genenti dah dapat makan. Chekodok ini selalu kubuat masa kecil-kecil dulu bila nak kesekolah. Kadang-kadang di bawa bekal sekali. Checokod ini selalunya akan dicampur didalam rojak di kedai mamak. Cuma chekodok ku tidak menggunakan sosnya sebab itu diletakkan gula sedikit.
Bahan-bahan
1 cawan kelapa parut putih
2 sudu makan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam.
Air
Minyak untuk mengoreng.
pewarna hijau atau ikut suka.
Cara membuatnya
Campur sahaja kelapa, gula dan tepung berseta sedikit pewarna hijau dengan air masak mati. Patut-patutlah nak masukkan air itu, jangan nanti adunan menjadi lembik dan tak cantik.
Panaskan minyak dan setalah panan, sudulah adunan dan masukkan kedalam minyak panas. Gorenglah sehingga berwarna sedikit kuning atau sehingga garing (Ikut suka).
Bila sudah masak , angkatlah. Seterusnya makanlah apa tunggu lagi.

Bercuti kemana di Hujung Minggu ini?
Hari ini Hari Jumaat 21.12.12 (hari ini genaplah 3 bulan pemergian anakanda kesayangku mengadap
Yang Maha Pencipta Yang Sesungguhnya Lebih Menyayangi Beliau - ALFATEHA)
Tidur Awal malam tadi, kerana sedikit terganggu dengan kelajuan internet di pejabat, ssekejab ada sekejap tak ada, sekejap terputus, kerjanya hanya mer"repair" sahaja. Tengah-tengah menaip, hilang, tak sempat nak di"save"kan.
Terjaga sahaja dari tidur, hidung terbau sesuatu yang mengancam.... bergegas ke dapur kerana bau yang kuat itu datang dari arah sana. Terbuka luas mata ku kerana ada sebag durian yang telah dibukakan sedikit. tak percaya, semalam ada rasa nak makan durian, pagi ini dah dapat rezeki. Alhamdulillah.
Malam tadi kawan serumah ku memang ada membuka pintu bilek "Akak , dah tidur ke" " emmmm".. kataku dalam dengar tak dengar. Malam tadi tidak makan nasi, hanya minum susu dan berbuka puasa dengan cekodok kelapa sahaja. Sebabnya semalam pagi, aku timbang dah naik sekilo. Jadi ada rasa nak diet sikit. Jadi kurangkan makan nasi diwaktu malam. Lagi pun Kak Tipah kata, "Mana boleh makan lagi kalau dari pukul 9 malam" Menegur aku ketika dia mendengar kuali aku mendesirrr.... Goreng ikan kerisi panjang 3 ekor dan ikan pelaling 3 ekor. Makan Ikan kecil-kecil sahaja. Rasanya lemak dan manis.
Jadi , kerana rezeki dah depan mata aku pun mula melongkahkan kulit durian, Demi terpandang sahaja isinya, tak sabar terus masuk kemulut seulas, EMMMM punyalah lemak dan berkrimnya durian itu. Aku buka tiga biji, untuk di simpan . Petang nanti aku berhajat nak buat Bubur Kacang tambah durian. Sodap begitu.
Sampai pejabat awal sedikit hari ini, jam 8.45 pagi. Beritahu Erra untuk kemas dan susun atur bilek aku semula sebab rasa tak selesa. Oleh itu kami pun bergotong royong membersihkan sebahagian almari pejabat dan almari aku sekali. Akhirnya 5S pun terlaksana pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini.
Selepas habis mengemas, aku belek Utusan Malaysia bertarikh 18 Oktober, 2012, yang telah kusisihkan dari bakul sampah, kerana ada artikel yang sangat mengujakan untuk ku baca. Dah lebih setahun tidak kemana-mana, kerana dalam masa itu, kerjaku hanya berulang -alik ke IJN untuk menjaga Arwah. Siang ke pejabat, malam menemankan Arwah tidur di IJN. Bahagia yang tidak boleh dinyatakan dengan kata-kata.
Dalam Megasantai itu terdapat keterangan tentang tempat percutian yang mengujuakan itu .
Ada gambar kuda , ada gambar kambing, ada gambar cabin, ada ruang bilek yang sangat selesa, terdapat jugak surau, dewan untuk mengadakan mesyuarat, karaoke dan televisyen. Selain itu untuk pakej perkahwinan jugak disediakan. Aktiviti lasak jugak disediakan seperti flying fox, paint ball, jungle tracking dan seangkatan dengan nya. Jarak perjalan jugak hanya 45minit dari Kuala Lumpur. Apakata anda layari laman ini untuk mendapat penerangan terperinci di AR-Raudhah
Ignore This Notice?
An occure has appeared when you try to save your writing. Ignore this notice!
I am very disappointed while typing in my blog the sentence appeared. It always make my writing unsave.
Subscribe to:
Posts (Atom)