Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, December 23, 2012

Bubur Kacang Hijau Berdurian

Hari Sabtu 23.12.12

Pergi kerja hari ini di pejabat  Pesona Capital di Taman Kosas.  Omi dan Che Mat datang dari Paka untuk ajarkan membuat DPM tentang masuk Inventory dan juga buat RO. Akhirnya dapatlah belajar buat DPM bahagian RO. Lega Rasanya.





Resepi ini memangnya simple dan mengikut selera saya.

Bahan-Bahan

1/2 kg kacang hijau - }Dibersihkan dan kemudiannya di rebus sehingga kembang
2 liter air                    }
2 cawan gula kasar (Tambah jika kurang manis. Boleh tukar dengan gula melaka jika suka)
5 cawan santan - Ikut keperluan .
1 mangkuk isi durian - boleh jugak dimasukkan sekali dengan bijinya

Cara Membuat

1- Rebus Kacang Hijau dengan air sehingga kembang.
2- Tambahkan  Durian.  Masak seketika sahaja
3- Tambahkan Santan dan Gula - kacau perlahan-lahan.. Biarkan Seketika sahaja
4- Rasakan Manisnya, jika kurang tambahlah gula.
5- Angat dan hidangkan panas

Selalunya saya suka makan bubur kacang dengan roti Gardenia. atau pun biskut Lemak.  Sekiranya tidak habis di makan bolehlah disimpan dipeti air untuk dijadikan ais Krim Kacang Durian.

Saya telah kongsikan Bubur  Kacang ini dengan Kawan bilek depan dan Jugak Kak Tipah .  Saya bagi tau Kak Tipah.

"Maaf Kak,  terlalu kembang  dan pekat" Kata dia :"Eloklah tu senang dimakan dan masuk peti ais sedap"
"Mana dapat Durian?" Soalnya.
"Kawan rumah belikan" Kataku.