Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, September 16, 2013

Tulislah Senarai Barang Keperluan Untuk Menunaikan Haji.

Hari ini ada pertemuan dengan kawan lama ku Zuriah.  Hari  Khamis yang lalu dia telah pergi membuat Pasport di Imigresen Setapak, kata dia.  Sebenarnya kawan baikku ini akan berangkat Menunaikan Haji pada tahun ini.  Mudah-mudahan ada rezeki untuknya menyahut seruan Illahi untuk ke Mekah tahun ini.  Amin...

Menuku di tenghari ini hanyalah

Nasi Putih dengan ayam goreng berempah

Menu kawan ku : Nasi putih dengan siput sedut masak lemak dan batang keladi masak asam rebus. Kechur jugak rasanya.

Sementara Hadliza pula- nasi putih dengan telur ikan masak lemak kuning dan kerabu mangga.

Semasa berbual-bual sambil menjamu selera, aku bertanyakan tentang persiapan sahabat abik ku tentang barangan yang akan di bawanya.  Aku minta dia buat senarai dan Pack barang dalam Bag supaya apabila dipanggil sahaja kesemua barang telah sedia.  Cara ini dapat menyelamatkan beliau dari menjadi kelam kabut, apabila nama masuk senarai untuk aberangkat.

Catitan ini ditulis sebagai satu ingatan memori kehidupan ku.

MAKANLAH  DENGAN TANGAN (Tangan KANAN  BUKAN  tangan KIRI) jangan dengan GARPU atau PENYEPIT.

Sebab : Sabda NABI MUHAMMAD s.a.w

Bila selesai makan hendaklah Menjilat jari tersebut kerana dicelah-celah JARI terdapat ENZYME yang banyak (sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)