Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, November 22, 2007

Masa Kecil Yang Menyeronokkan






Sebenarnya ada banyak kenangan masa lalu yang boleh kita catatkan , agar tidak hilang dari ingatan selama kita hidup di dunia ini.
Add Imageni. Apakah kenangan ayng paling indah dalam hidup anda yang dapat di kongsi bersama saya untuk kali ini?

Masa Kecil yang Menyeronokkan.

Usia kecilku banyak dihabiskan di sawah padi. Pulang saja dari sekolah aku kan pasti meniti tali air untuk menangkap Ikan Tempala yang cantik di letakkan di botol kaca yang lutsinar. Dengaki dengan kemilau mereka , aku letakkan botol-botol kaca itu berdekatan. Cara ini dapat menaikan keghairahan ikan tempala memandang antara satu sama lain dengan perasaan geram. Maka akan mereka melanggarkan kepala mereka ditepian botol, bagai menghentam pihak lawan disebelah sana. "Kesian" itulah ungkapan yang selalu aku katakan. Paling tidak aku bersorak kerana ikan tempala nampak gagah.

Lalu bila matahari mula membawa diri ke dasar bumi, aku meniti pula batas padi. Di kiri kanan aku tanam Chili , terung dan bendi. Hidup subur menghijau. Chili merah dan hijau berlumba sesama sendiri berbuah lebat. Begitu juga terung, menjulur buahnya bagai lengan bayi yang berumur 3 bulan. Sedangkan bendi, megah menunjuk langit. Acapkali jika hendak makan berulam, ke batas sawahlah emak meniti memetik sayur-sayuran. Apalah itu semua tinggal kenangan jua. Semua itu dah tiada lagi. Malah batas sawah pun aku dah tak kenal lagi.

Berdayung ke sekolah

Sekolah rendah ku terletak diseberang sungai, Sungai Muar. Setiap pagi jika tidak, abang, abah yang hantar ke sekolah. Bersusun aku dan abang di atas perahu menuju ke sekolah , Sekolah Kebangsaan Temiang, Muar.

Jika air pasang, mudahlah sedikit. Laju sampan menuju ketebing sekolah. Jika air surut, payah sikit. nak naik tebing pun mesti kena becak. Air pasang dalam paling dinanti. Lopak-lopak air di sawah, tali air penuh. Menggunakan " Kelapa Komeng" sebagai pelampung, berhanyutlah aku di tali air dengan mengocak-gocakkan kaki, agar perjalanan tidak tersangkut di tebing tali air.

Tak sudah dengan berendam, pungut pulak siput sedut sawah. Balik potong-potong suku badannya, direbus , campur pula dengan batang keladi, masak lemak kuning. Tak perasan sedara datang menumpang sedut. Habis.

Air pasang dalam juga mengingatkan aku pada EMAK yang sangat pandai berenang. Cakaplah apa saja jenis , emak akan pasti melakukannya. Sayang, aku tak pandai berenang. Jika tiada ramai orang, emak akan pasti melakukan senaman ringannya, berenang di tali air yang memang khas di buat untuk tempat mandi manda, walau pun disebelah tumah telah ada perigi khas untuk mandi.

Pondok di Sawah Terbakar.

Apa yang menyebabkan kami berpindah di Kampung Simpang Baba, kerana pondok tempat kami menginap terbakar. Kami sekeluarga telah berpindah di kampung simpang baba.

Kakaklah yang berlari-lari lebih awal untuk sampai di pondon sawah. Sebagaimana biasa kakak terus melangkahkan kakinya diatas Lesung Padi , yang kami buat sebagai anak tangga) untuk melangkah masuk rumah. tangan kakak terus sahaja menyelak langsir untuk melakukan langkah seterusnya. Rupa-rupanya kakak hanya menyelakkan angin. Kakak tak perasan pun yang pondok kami telah terbakar habis. Tiada apa-apa. Hanya Lesung itu sahaja yang masih elok. Kakak jerit sekuat hati "Makkkkkkk...... pondok kita dah tak adaaaa......" Kami yang masih bebrapa meter lagi nak sampai , hanya terlopong sahaja. Masing-masing berlari ke arah bekas yang terbakar.

Apapun keadaannya kami dah tiada apa-apa lagi yang hendak dicari. Terduduk kami semua dalam kesedihan. Apatak nya pondok itu tempat kami melepaskan penat lelah setelah berkerja. Makan dan tidur, memasak , bersembahyang dan semuanya.

Kakak masih terus mencari apa-apa sahaja yang masih bersisih. Duit kertas dah tentu hangus, jadi abu. Duit Shiling tentulah hitam dan berkarat. Sedng barang kemas pun begitu juga. Kakak himpun semua untuk dibersihkan. Yang tinggal hanya "Rantai Emas " emak yang seutas itu. Hitam......

Akhirnya kami berpindah sementara di pondok menyalai kelapa.

Wednesday, November 21, 2007

Khamis Yang Indah

Sampai kat pejabat jam 7.53 pagi. Awal lagi aku dah kerah Lena untuk ke pejabat. Aku memang tak suka balik lewat. Jam lima aku dah nak balik. Rasa tak sabar nak balik.

Hari Selasa yang lalu Kak Liza jumpa aku dengan Cda untuk brieffing pasal perniagaan Shuang Hor, jual kopi dan teh juga Tablet cendawan. Kami berdua dah lama jadi ahli, pertengah tahun 2007. Sampai sekarang kami tak gerak lagi. Tapi aku tak tahulah cida, rasanya dia diam-diam dah dapat ahli lagi. Dulu dia bekas ahli Zhulian.

Ok lah aku cerita sikit pasal produk Shuang ho nie. Selain dari produk di atas ada juga kapsul Cendawan "Lingzhi". Aku dah pernah makan capsul nie. Ianya dapat menyembuhkan aku dari sakit keputihan dan Migrain. Aku makan lama juga , banyak botol lah juga. Aku berhenti makan sepuluh tahun yang lalu, bila sponsor aku tu menghilangkan diri. Tetapi apabila aku mengalami sakit Kuning pada tahun 2005 , aku kembali mencari produk ini dari kengkawan. Aku layari web untuk cari kat mana syarikat nie. Nak tau, rupa-rupanya dekat belakang Office aje, dekat pulak dengan Bank Syarikat.

LU Chun Linghzi Teh

Pada mula menjumpai banggunan ini, aku dan Cda selalu pergi, minum teh. Free aje. tapi tak boleh bawa balik. Selalunya aku minum dua cawan. Panas gila. Pada mula aku minum teh nie, rasa pening-pening, sakit-sakit badan. Lenguh selenguhnya. Mana-mana tempat yang sakit sesekali dulu, jadi tambah sakit. Aku alami ini untuk jangkamasa tiga minggu. Lepas tu semuanya hilang. Tak lagi susah nak bangun tiduk. Diri duduk pun senang.

Begitu, anda minum, dan minum lagi sehingga penyakit anda baik. Jangan berhenti kerana selagi toksid dalam badan tidak habis di buang. Kesakitan akan berulang semula untuk proses kedua. Kali ini kena minum berterusan lagi, jika tidak anda akan mengalami kesakitan lagi.

CEO Coffee

Sekarang nie kami berlumba pula minum kopi. Ada dua perasa. Satu bergula dan satu lagi tanpa gula. Tanpa gula nie untuk orang yang ada Kencing Manis (Diabetes). Yang bergula nie , untuk orang yang kencing Tawar (Tak ada kencing manis). Biasalah minum kopi , tentulah tak boleh tidur malam. Untuk mengelakkan berjaga malam, aku minum kopi di waktu pagi. Kuat kerja , tidak mengantuk.

Pernah bagi kawan dua tiga peket Ceo Coffee. Badannya semangat juga la. Bila dia munim dia kata badan dia sakit-sakit, sakit kepala, asyik nak terbuang air kecil. Itu bagi 3 pekertt dia minum. Elok dia teruskan untuk cuci pundi kencing, cuci perut, cuci darah. Nanti bila dah habis 2 ke 3 kotak baru rasa kelebihan CEO Coffee nie. Kalau setakat 2 ke 3 peket nie tak rasa lagi. Tapi kalau orang tu ada banyak masaalah badan, memang akan mengalami seperti kawan tadi.

Apa bacaan kita dihari ini?

OH ya pagi Khamis ini eloklah membaca
Subhanallah hil a'zimi subhanallah hiwabihamdihi. 1000 kali
Tiap-tiap kali baca Allah akan ampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan dan menghidupkan satu pohon untuk kita di Syurga.

Tak nak Ke?

Tuesday, November 20, 2007

Dalam Perjalanan

Macam biasa, bangun pagi jam 5.30 pagi, aku bergegas ke dapur untuk sediakan makanan anak-anak. Aku buka pintu depan aje, Acong rupanya dah lama menunggu, nak masuk rumah. Apa lagi kalau tidak untuk makan Frieskie kegemarannya. Lepas makan sedikit dia akan duduk-duduk sambil mandi . Tengok kanan, tengok kiri. Pas tu dia pun ngorok.

Aku keluarkan ikan dari peti. Dah tinggal sikit aje. Pasti hari ini aku kena pergi lagi pasar Selayang beli ikan sekali beli makanan untuk sseminggu. Paling tidak aku beli timun dan carrot untuk buat jus. Sedappp......

Sampai opis pagi hari lagi, jam 8.10 pagi . Radzwan dan Awit dah sedia menunggu. Hulurkan kunci , dia buka , aku pun masuk. Hari ini Opis bergelap lagi. Entah kenapa lampu belakang tidak menyala. Dah ramai juga pekerja opis nie memeriksa fius besar, semuanya geleng kepala. Masing-masing Engineer, tapi habuk pun tarak. Yelah bukan salah mereka, mereka bukan Engineer Letrik, tapi engineer lain-lain.

dah jam 9.00 pagi, ramai staff yang dah datang. Tak boleh menulis lagi nampaknya.
Ok Cau dulu.

Monday, November 19, 2007

Aku Buat Buku sekarang nie

BUKU Cerita : Aku Ziarah Ke rumahMU

Buku ini aku buat sempena mengerjakan UMRAH dengan kakak pada penghujung Mei Tahun ini. Buku ini masih dalam proses memperelokkannya lagi. Aku tulis seratus peratus cerita dari mula aku berhasrat untuk pergi hinggalah kembalinya aku semula ke Ibu Kota Kuala Lumpur ini. Insyaallah jika siap aku akan edarkan secara percuma mingin untuk sepuluh orang sebagai membantu aku memperbetulkan mana-mana yang salah dalam penulisan aku itu.

BUKU BELAJAR MEMBUAT BAJU KURUNG

Buku yang ini aku buat

Dunia Baru Aku

Inilah dunia aku

Bangun Pagi Jam 5.30 pagi. Masak air dan buat kopi atau teh menyihatkan badan. Itu dulu, sekarang nie aku buat pula Air buah-buahan.

Malam : Minum jus Timun + gula sikit
Pagi : Minum Jus tomato dengan Carrot + gula sikit atau susu.

Bila habis minum, lebihan air carrot tu aku sapu kat muka. Lama-lama , pipi aku pun jadi merah. Bercahaya. Tak payah pakai pemerah pipi. Jimat belanja.