Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.
Showing posts with label am. Show all posts
Showing posts with label am. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Bila sebut SATE - Makanan Tradisi Sepanjang Zaman

Dimana nak makan sate sedap

Sate Kajang ?????

Jarang sekali aku makan sate kajang, walau pun kini ianya telah ada banyak cawangan.  Selalunya aku makan sate di pulau sebelah bangunan SOCSO di kampung baru. Ianya dibuka seawal jam 5 petang agaknya, kerana bila balik dari kerja melewati tempat tersebut pasti sahaja asap berkepul-kepul, dan bau yang harum akan menusuk kelubang hidung.  Jika tak tahan nafsu, singgah selalu.

Jika pulang ke Muar pula, pastinya aku akan berhenti di depan Pasar Muar atau pun dihadapan Perhentian Bas. Ambil paking yang disediakan.  Mudah nak kesana.

Turun jambatan Muar (Jambatan Lama)
Masuk Kiri
Terus parking  ditapak Majlis
Melintas jalan,
Hala kepasar besar Muar
Tak lama sampailah
Ada ramai orang makan bermula pukul 7 pagi, agaknya,
Terdapat dua kedai  bersebelahan.
Makanlah dikedai yang ramai artis menjamu selera..

Sate dikedai ini sangat lembut dan mesra rempahnya.

Bilalah agak nya dapat makan sate MUAR lagi.  Terasa dah dalam tekak nie...

ooooooooooooooooooo  SATE  ooooooooooo   O oooooooooooooo  SATE ooooooooooooo

Tuesday, July 3, 2012

Nasi Beriani Gam Ayam Sedap

Ini resepi Akak Ambil dari BH dan kongsikan dengan kawan-kawan semua.  Akak belum pun mencuba resepi ini. Jadi tak boleh nak bagi tahu samada resepi ini menjadi atau Akak sendiri yang tak jadi.  Ha!!! Ha!!!!

 Bahan-Bahan Untuk Nasi
  • Beras Basmathi - 1 kg
  • Daun Pandan - 3 helai
  • Bawang Merah - 100 gram (dikisar)
  • Bawang Putih - 100 gram (dikisar)
  • Halia - 10 gram (dikisar)
  • minyak sapi - 1/2 tin (agak-agaklahh)
  • susu cair - 1 tin
  • Pewarna kuning - 1 sudu
  • Garam secukur rasa
Untuk Ayam
  • Ayam - 1 ekor
  • Bawang Merah - 100 gram (dikisar)
  • Bawang Putih - 100 gram (dikisar)
  • Halia - 20 gram (dikisar)
  • Kayu Manis - 1 batang (2in)
  • Cengkih - 3 kuntum
  • Bunga Lawang - 2 kuntum
  • Rempah beriani - 1 peket
  • Ketumbar - 100 gm
  • Jintan Manis - 10 gram
  • Jintan Putih - 10 gram
  • Susu Cair - 1 tin
  • Daun Pudina - 50 gram
  • Daun ketumbar - 50 gram
  • Garam
  • Gula
Cara Masak Lauk
  • Panaskan minyak kemudian tumis kayu manis, cengkih dan bunga lawang
  • Masukkan bahan kisar, Tumis hingga naik bau
  • Masukkan rempah beriani , ketumbar, dan jintan. Tumis hingga pecah  minyak
  • Masukkan ayam , masak hingga empok
  • Akhir sekali masukkan susu cair , garam secukup rasa.
Cara Mask Nasi
  • Panaskan Minyak sapi kemudian tumis bahan kisar dan daun pandan hingga naik bau
  • Masukkan susu dan pewarna kuning
  • Masukkan beras
  • Kacau hingga sebati dan biar di atas api sederhana sehingga masak
  • Selepas nasi sudah masak, masukkan ayam
  • Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Resepi ini telah dikongsikan dalam BH dari koloum MASAK APA HARI INI
dan dikongsi oleh Chef Sous, Samsudin Ahmad - Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

p/s : Jika dah ada yang mencuba.. kongsi cerita disini ya!!!!  Terima kasih.

BH, Utusan Malaysia dan NST

Pagi ini, ambil sedikit masa menyelak berita-berita yang terdapat di helaian surat khabar BH, Utusan Malaysia dan NST.  dimuka depan BH sentral terpampang gambar Tol dengan deretan kenderaan , gambar orang awam berbaris menaiki bas dan juga pengguna komputer yang berbaris untuk melangkah masuk.  Semuanya berkisah  tentang ulang alik pekerja menggunakan perkhidmatan tersebut saban hari dari NS ke KL. 
INFO :  Jarak Perjalanan dan Pengangkutan
    • Seremban - Kuala Lumpur : 70 km
    • Nilai - Kuala Lumpur  : 50 km
    • Komuter KTMB - 100 perjalanan  sehari
    • Sistem Kenderaan Bas KL - Seremban : 120 trip sehari
    • 5000 kenderaan melalui Plaza Tol Seremban - Plaza tol Sungai Besi
    • 5000 kenderaan melalui Plaza Tol Nilai - Plaza Tol Sungai Besi
Semenjak membeli kereta pada Tahun 1999 ,  kadang-kadang sahaja Akak menggunakan  kenderaan awam.  Adalah sesekali sekiranya pulang ke kampung, itupun jika pulang ke Kota Tinggi, jika tidak akan memandulah sendiri dengan kereta kesayangan  SiKancil Nan Bertuah.





Sunday, July 1, 2012

Ajal, Maut, Jodoh Pertemuan - Dah Bertemu Kah?

Nak Tergelak aku mendengar cerita seorang Ustaz tentang susahnya dia mendapat jodoh. Puas mengayat yang di tengah-tengah, mengayat pula yang di selatan, tak berkenan jugak, mengayat pulak yang di pantai timur , pun saya kempunan jugak.  akhirnya ustaz mengayat pula bakal isteri yang duduk jauh di utara Tanah Air.  Alhamdulillah diperkenankan Allah Azajawalla. amin.

Kata Ustaz puas jugak dia bersembahyang Istikharah, masaalahnya  yang datang pulak dua tiga sekali, lalu ustaz dah tak tau nak pilih macam mana, akhirnya Ustaz nilaikan kepada 4 perkara sebagimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu antara lainnya
Agamanya,
Hartanya ,
Rupanya dan
 ke empat ..... (Lupalah)...

Akhirnya Ustaz memilih bakal isteri NUn jauh di Utara tanah air.  Walaupun telah memilih masih ada yang telah meninggalkannya datang kembali , malah sudi pula menjadi isteri kedua Ustaz (Bermadulahhhhh)..... Tersenyum aku mendengar cerita ustaz nan satu ini yang baru sahaja melewati usia 28 tahun. Katanya Bulan Oktober tarikh pernikahannya dan majlis akan diadakan pada bulan November 2012.  :Selamat menjadi Raja Sehari"

Berbalik kepada soal jodoh  ini, ustaz ada meninggalkan petua kepada aku, bagaimana jika telah lama berusaha tetapi masih belum bertemu.  Katanya manusia memang diberikan oleh Allah Taala dugaan dengan pelbagai ragam. Ada yang bertemu jodoh sewal usia belasan tahun, Ada yang bertemu jodoh setelah usia merangkak senja, malah jiran yang telah lama dikenali itu yang menjadi suami, sedang selama ini sebelah mata pun tak pandang. Begitu setiap lelaki pasangannya ada wanita.

Ada juga mereka yang telah berkahwin, tujuh ke sepuluh  tahun belum dikurniakan cahaya mata. Merata-rata pergi berubat dari traditional hingga keperubatan model yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.  Semuanya gara-gara hendak mendapatkan zuriat dari benih sendiri.  Sesetengah  pasangan akan membawa haluan masing-masing , apabila campur tangan keluarga mulai meresap. Maka runtuhlah sebuah masjid yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta. 

Ada juga pasangan hari ini bersanding,  seminggu kemudian di dapati hamil, sebagaimana yang dialami pelakon Fasha Shanda . beruntunglah Bunting pelamin kata orang tua-tua.  Apa yang terjadi masa kini pulak,  bayi-bayi comel dibuang merata-rata, dikaki lima, di tepi longkak, dalam tong sampah, dilempar kesungai dan macam-macam lagi tempat yang tak sepatutnya diletakkan bayi tersebut.Paling menakutkan carta menunjukkan bayi dari anak Melayu islam yang paling ramai.



Wednesday, June 20, 2012

Friday, August 8, 2008

Proton


Telah lama tidak menulis diblog ini . kerana tidak ada idea yang bagus untuk menulis, cuma baru-baru tercanang cerita tentang kereta Perdana yang banyak masaalah. Sehingga Menteri Besar terengganu telah menukarkan kerata Perdana kepada Merz. Biarlah itu isu orang politik. Tak perlu aku nak campur. Cuma....

Aku nie bekerja di syarikat yang menjual kereta Nasional. Jadi terkarisma jugalah dengan berita ini. Mujurlah tidak kena serang dengan pelbagai soalan dari pelanggan. Sementelah pada saat ini jualan Proton Saga masih berbisa. Kereta termurahlah katakan jika dicampur tolak harganya dengan jenama lain. Apa pun aku bersyukur, proton tidak berkubur lagi.

-----

Wednesday, November 21, 2007

Khamis Yang Indah

Sampai kat pejabat jam 7.53 pagi. Awal lagi aku dah kerah Lena untuk ke pejabat. Aku memang tak suka balik lewat. Jam lima aku dah nak balik. Rasa tak sabar nak balik.

Hari Selasa yang lalu Kak Liza jumpa aku dengan Cda untuk brieffing pasal perniagaan Shuang Hor, jual kopi dan teh juga Tablet cendawan. Kami berdua dah lama jadi ahli, pertengah tahun 2007. Sampai sekarang kami tak gerak lagi. Tapi aku tak tahulah cida, rasanya dia diam-diam dah dapat ahli lagi. Dulu dia bekas ahli Zhulian.

Ok lah aku cerita sikit pasal produk Shuang ho nie. Selain dari produk di atas ada juga kapsul Cendawan "Lingzhi". Aku dah pernah makan capsul nie. Ianya dapat menyembuhkan aku dari sakit keputihan dan Migrain. Aku makan lama juga , banyak botol lah juga. Aku berhenti makan sepuluh tahun yang lalu, bila sponsor aku tu menghilangkan diri. Tetapi apabila aku mengalami sakit Kuning pada tahun 2005 , aku kembali mencari produk ini dari kengkawan. Aku layari web untuk cari kat mana syarikat nie. Nak tau, rupa-rupanya dekat belakang Office aje, dekat pulak dengan Bank Syarikat.

LU Chun Linghzi Teh

Pada mula menjumpai banggunan ini, aku dan Cda selalu pergi, minum teh. Free aje. tapi tak boleh bawa balik. Selalunya aku minum dua cawan. Panas gila. Pada mula aku minum teh nie, rasa pening-pening, sakit-sakit badan. Lenguh selenguhnya. Mana-mana tempat yang sakit sesekali dulu, jadi tambah sakit. Aku alami ini untuk jangkamasa tiga minggu. Lepas tu semuanya hilang. Tak lagi susah nak bangun tiduk. Diri duduk pun senang.

Begitu, anda minum, dan minum lagi sehingga penyakit anda baik. Jangan berhenti kerana selagi toksid dalam badan tidak habis di buang. Kesakitan akan berulang semula untuk proses kedua. Kali ini kena minum berterusan lagi, jika tidak anda akan mengalami kesakitan lagi.

CEO Coffee

Sekarang nie kami berlumba pula minum kopi. Ada dua perasa. Satu bergula dan satu lagi tanpa gula. Tanpa gula nie untuk orang yang ada Kencing Manis (Diabetes). Yang bergula nie , untuk orang yang kencing Tawar (Tak ada kencing manis). Biasalah minum kopi , tentulah tak boleh tidur malam. Untuk mengelakkan berjaga malam, aku minum kopi di waktu pagi. Kuat kerja , tidak mengantuk.

Pernah bagi kawan dua tiga peket Ceo Coffee. Badannya semangat juga la. Bila dia munim dia kata badan dia sakit-sakit, sakit kepala, asyik nak terbuang air kecil. Itu bagi 3 pekertt dia minum. Elok dia teruskan untuk cuci pundi kencing, cuci perut, cuci darah. Nanti bila dah habis 2 ke 3 kotak baru rasa kelebihan CEO Coffee nie. Kalau setakat 2 ke 3 peket nie tak rasa lagi. Tapi kalau orang tu ada banyak masaalah badan, memang akan mengalami seperti kawan tadi.

Apa bacaan kita dihari ini?

OH ya pagi Khamis ini eloklah membaca
Subhanallah hil a'zimi subhanallah hiwabihamdihi. 1000 kali
Tiap-tiap kali baca Allah akan ampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan dan menghidupkan satu pohon untuk kita di Syurga.

Tak nak Ke?