Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, July 23, 2012

Kenapa Susah Sangat Nak Makan Kurma


Sabda Rasulullah :
"Sesiapa yang memakan tujuh biji Tamar Ajwah,
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."
(Riwayat Imam Bukhari)

Pokok Kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada masak atau mentah.  Sepanjang Bulan Ramadhan buah kurma boleh dilihat di jual di pasar-pasar Ramadhan dan juga di pasaraya-pasaraya besar Carefore, Tesco, Hero, Giant dan seangkatannya.

Mengambil Kurma sebagai santapan ketika berbuka puasa merupakan Sunnah Nabi s.a.w. Buah istimewa yang banyak di dapati di negara Timur Tengah ini memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan. Ia mengandungi kandungan
  • Zat besi
  • potasium
  • kalsium
  • fosforus
  • sodium
  • vitamin A & b
  • niasin yang tinggi
Kurma juga membantu memperkuatkan daya
  • Tahan tubuh
  • mengingkatkan stamina
  • menggalakan pertumbuhan tuland pada kanak-kanak
  • menlancarkan sistem penghadaman
  • dapat melindungi badan dari pengumpulan kolestrol
Disamping itu kadar potasiumnya 2 kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang. Kurma juga dapat membantu mencegah pelbagai penyakit seperti
  • sakit kerongkong
  • demam
  • cirit-birit
  • sakit perut
  • menjaga penglihatan
  • Memanaskan badan
  • mencergaskan minda
  • membantu tumbesaran kanak-kanak
Selain daripada itu, kurma juga membantu melicinkan
  • perjalanan darah
  • merawat buah pinggang
  • mencuci hati
  • membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak
Kurma juga mengandungi kabohidrat yang tinggi yang membolehkan membekal banyak tenaga dan kandungan zat gizinya yang tinggi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus uantuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Galian dalam kurma pula berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot, dan mengatur tekanan darah.

Gula yang terkandung dalam kurma pula mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang

Bagaimana memastikan Kesegaran Kurma anda ?
Simpan ia di dalam Peti Sejuk
Buah Kurma yang bertangkai adalah kurma yang paling baik dari segi qualitinya.