Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Kumpulan Rabbani Meninggal Dunia

Semalam lebih kurang jam 11 pagi, YM aku terkeluar nota "Innalillah..... Marilah bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah ......., aku tak klik messege itu. Ingat-ingat sejap lagi sebab tengah buat kerja. Tak lama kemudiannya, Lena hantar massege "Ustaz Asri Kumpulan Rabbani Meninggal Dunia". Terus di hati aku mengucapkan "Innalillah......." Terkedu seketika.

Apa yang pasti yang hidup akan mati. Cuma masanya dah dekat atau jauh lagi. http://www.utusanmalaysia.com

Tuesday, August 11, 2009

Penunggang Motor

Hari ini , sebagaimana biasa jerebu masih menyelubungi Bandaraya Kuala Lumpur. Semenjak hari isnin lagi, suasana perjalanan ke tempat kerja suram dan tidak bermaya. Pagi semalam nampak lah sang mentari bersinar di ufuk timur, menampakkan cahayanya yang indah. Hati pun tersa hidup dan segar. Di sepanjang jalan kuching dari bulatan kepong hingga ke TESCO EXTRA, bunga Sakura (aku namakan dia) putih dan merah berkembang dengan cantik. aku suka melalui Jalan Kuching, kerana suasana nya bagaikan Musim Bunga di negeri Mat Salleh atau pun seperti di negeri Jepun Bunga Sakura di mana-mana. Mata menjadi ngalib menikmati permandangan ini. Di lantai tanah, kelopak-kelopak sakura merah dan putih bertaburan. Cantiknya......

Pagi ini 12 Ogos 2009 lebih kurang jam 8.30 pagi, ketika sampai di simpang nak masuk ke Frim dari MRR two , aku saksikan seorang penunggang motosikal melanggar belakang Lori Bonded(Flour Mill) yang berhenti. Aku tak tahulah apa yang difikirkan oleh penunggang itu kerana nak kira Lori tu salah tak lah, sebab lampu isyarat warna merah, apatah lagi dedepan lori tu dah ada dua kereta yang berhenti. Cepat-cepat Penunggang itu bagun dan tanpa menoleh kiri kanan, susup sasap dia mendahulu lori tersebut beredar.

Boss aku tak ada hari ini, dia pergi ke Pulau Redang dengan kawan-kawan dia pulak. Itupun selepas kawan-kawan dia tengok gambar Boss aku menyelam dengan di kelilingi ikan warna warni yang cantik. Selamat bercuti BOSS.

Pagi ni aku dikejutkan juga dengan satu laman yang agak sensasi kerana paparanya amat indah, bagi mereka yang telah bergelar suami dan isteri. aku sertakan disini untuk tatapan anda semua kiranya anda mahu mempelajari teknik-teknik urutan 'kamasutra' yang amat baik untuk kesehatan badan. Mungkin sesetelah membacanya anda boleh memberikan komen yang berguna untuk ..... http://www.kamasutrabergambar.com/index.php?ref=pasti7514

Jangan salah faham dengan laman yang aku sertakan ini. Ianya hanya sebagai panduan untuk anda melayari hidup sebagai pasangan suami isteri yang akan bekekalan sepanjang zaman.

Selamat maju jaya.

Sunday, August 9, 2009

Berjoging di Taman Tasek Titiwangsa

Tepat jam 8.00 pagi aku bergerak dari rumah untuk kepejabat. Hari Ini rasa sangat teruja setelah dua hari duduk dirumah. Badan pun dah naik pipih dek menjalar di atas carpet, dengan mulut yang tak berhenti mengunyah. Apa resepi ku di pagi Sabtu dan Ahad yang baru berlalu.

Pagi selepas menghantar Lena ke stesen Putra di Kampung bharu, aku bergegas ke Taman tasek Titiwangsa untuk berjogging. Marah sungguh Lena bila aku nyatakan untuk pergi berjogging, sedangkan pada minggu lepas dia mengajak ke sana aku buat tak indah. Akhirnya dapatlah aku menjejakkan kaki di tepi tasek Titiwangsa setelah lebih 5 bulan aku tidak kesana.

Memulakan langkah agak malas, aku berjalan santai mengelilingi taman dari tepiah Restoran Nelayan bawa ke tepi padang mainan anak-anak dan kemudiannya, berlari anak menuju ke gelanggan sepak takraw. Ada payong-payong dan khemah-khemah di depan di pasang berwarna putih, tetapi masih belum ada ramai pengunjung. Aku tinggalkan semua itu dan menuju pula keatas pijak Refleksologi. Aku tigak singgah di reflexsologi tersebut, hanya memerhatikan dua tiga orang, lelaki dan perempuan memijak-mijak dan mengelilingi tapak tersebut. Ada yang memakai stokin dan ada yang tidak. Aku teruskan lagi berjalan dengan berselang lari-lari anak. Hampir jam 9.30 pagi baru aku berrehat.

Aku intai pula sekumpulan lelaki dan perempuan tua membuat Tai-Chi. Oh Maaf, bukan saja yang tua ada juga yang muda. Seorang Guru yang agak gempal sedang mengajar mereka. Sesekali terdengan penerangan beliau tentang keutamaan gerakan yang akan dibuat atau yang telah mereka buat sebelumnya. Kadang-kadang bahasa Inggeris dan kadang-kadang bahawa Cina. Aku cuma mendengar denga teliti apabila penerangan dalam bahasa Inggeris diberikan.

Maaf panjang pula cerita aku pasal berjogging tadi. Pagi ini aku cuma menjamah Quaker Oat sahaja untuk bersarapan selepas habis berjogging. Makan tengahri ku merangkap makan malam dengan bahan yang sama juga. Quaker Oat. Sebenarnya makan Quaker Oat ini tidaklah mengenyangkan langsung, tapi aku bersabar jugalah menahan rasa lapar.

Oleh kerana masa masih panjang lagi, aku pun mula membuat projek menjahit langsir Hari Raya yang telah separuh siap. Hari ini aku cuma menyudahkan menyiapkan kaki kain langsir. sebelum digantung. Langsir aku pada tahun ini berwarna Oren . Raya betul......