Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, November 12, 2007

Ahad, Teman Azah beli Perabut

11 Nov 2007

Jalm 2.30 petang azah telefon ajak teman dia belikan perabot Ibu. Aku bawa azah di WaterFront Amapng dan kemudiannya di pekan Baru Ampang. Azah belikan Perabot Ibu dengan Harga RM2500 siap Tilam Empok. Sayang Ibu.......

Jamuan Hari Raya

10.11.2007
Hari ini Cda buat Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Aku jumpa Anak saudara aku di R&R Sg Buloh. Mohd Narang.
Aku Pergi rumah Cda dengan Lena selepas jumpa Narang. Tinggalkan Yati.
Aku jumpa, Mior dan keluarga, Laziem dan keluarga, Shamsul dan keluarga, Rosli, Memali dan Sharul.

Menu nya :
Sate, Nasi Empit, Laksa, Roti Jala , Kari Ayam. Rendang Ayam
Aku bawakan Sate 20 cucuk untuk Yati. Sebelum berikan Yati aku singgah dulu di Carefore Kepong. Berjalan-jalan. Jam 6.30 petang baru samapi kat rumah.

Selasa yang Membahagiakan


Pak Chik dan Itam

Hari ini 6 Nob 07, sepatutnya aku berada di Mahkamah Syariah untuk urusankan Sijil Faraid Arwah Andak. Makanya Itam datanglah ke Kuala Lumpur untuk menemani aku berjumpa dengan Tuan Hakim. Malangnya tarikh tersebut telah di tunda pada 29 Nob 2007 depan. Oleh kerana Itam telah pun membeli tiket , buah nenas dan Pisang Tanduk, makanya beliau terpaksalah juga datang ke Kuala Lumpur. Aku pun telah mengambil Cuti, jika dia tidak datang ada kemungkinan aku menarik balik cuti tersebut.

Oleh krana tiada aktiviti yang di atur, aku terus membawa Itam melawat Pasar Borong Selayang. Puas jugalah beliau meronda dari pasang ikan hinggalah ke pasar sayur-sayuran. Pada kesempatan ini beliau ada masa juga membelek-belek harga yang dipamerkan dan kemudiannya membandingkan harga tersebut dengan ECONSAVE yang terdapat di Bandar Yong Peng, Johor. "Mahal" Begitu gerutunya. Aku cuma mendenar sahaja, kerana aku tak pernah berbelanja di Econsave.

Selepas puas melilau di Pasar Borong Selayang, aku bawa pula Itam ke gerai di sebelah di bandar baru Selayang (Lupa lak namanya) . Tak jadi kami melepaskan dahaga di sana. Gerainya tak bersapu dan kelihatan kotor. Angkat ponggong kami berlalu pula ke arah Batu Caves. Kami singgah di kedai Mamak. Pekena Teh Tarik dan Roti Sardin. Kenyanglah.

Sedang leka kami mengasak perut. datanglah seorang Hamba Allah disiisi kami. Oleh kerana kami terdiri dari keluarga yang ramah, Pakchik Tua itu dipelawa oleh Itam untuk minum bersama kami. Beliau telah memesan TOSE dan teh tarik juga. Aku nampak tak berselera melihat TOSE nya yang lembek tak bermaya. Lalu aku kata pada Pak Chik tu "tak lawa, tose tu" Pak Chik hanya tersenyum. " Disebelah pejabat saya tosenya cantik dan garing" cerita aku lagi.

Oleh kerana ada kawan bersembang. tak menang Mulut Itam bertanya dengan pakc hik tersebut, Macam berkenalanlah kami. Akhirnya begini cerita Pak Chik itu
Namanya Ibrahim bin Jusoh. Tinggal di Taman Batu Muda, Usia 86 tahun. Bekerja di Stesen Keretapi Sentul. Bersara pada Tahun 1969. Lahirnya pada tahun 14071924. (Lain kali saya muatkan gambar dia). Kami sangat kagum dengan beliau kerana dalam usia menjangkau 86 tahun beliau masih boleh menonggang motosikal menuruskan segala keperluan sendiri. Dari nya kami dapat tahun beliau beristeri dua, kedua-duanya masih ada lagi. Tinggal dirumah berasingan. Cayalah pandai betul Pak Chik berunding dengan isteri-isterinya. Lupa lak nak tanya'Apa Rahsia dia".....

Akhirnya setelah puas saling bercerita kami pun melangkah meninggalkan Pak Chik Ibrahim sendirian. Destinasi kami seterusnya adalah MYDIN. Aku membawa Itam di pasar borang MYDIN di selayang sahaj. Sebab dekat dan mudah. Lama juga kami lepak di sana. tak terpilih barang apa nak di beli. Aku hanya membeli serkub kepala sebungkus berjumlai 5 helai, 4 unit jam tangan mainan untuk anak saudara aku, Izah, Baby, Wahi dan Fais. Bukanlah barang Mahal hanya sekadar untuk buah tangan, biar jadi rebutan. Itu sahaja. untuk suka-suka.

Oklah setakat ini sahaja.