Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Friday, January 5, 2007

betul nie



Tak sangka , rupa-rupanya pokok kaktus ini berbunga. Lama sungguh baru berbunga. Dah nak habis mati barulah berbunga.








Kerja Pejabat
Kerja pejabat hari nie, tak lah boring. Buat satu panggilan kepada Transporter untuk booking lori pergi ipoh. Lepas tu duduk-duduk relax.

Tengahari
Pergi shoping dengan cda kat Giant Bt Caves. Pergi sain Takaful insurance. Buat simpanan. Tiap-tiap 3 tahun boleh dapat RM2500. Lepas tu boleh lah simpan , campur-campur dengan simpanan yang ada untuk tambah pergi UMRAH. InsyaAllah. Hajat hati nak bawa Kakak sekali. Dah khatam dia membaca tatacara membuat umrah dan Haji.

Lepas pergi Giant, singgah sekejap isi minyak. Petronas kat sebelah Giant. Sampai pejabat dalam pukul 3.20pm

Kesah semalam.
Petang balik kerja, apa lagi sibuk menguruskan makan minum anak-anak. Heee.... banyaknya. Dah tak terlayan. Rasa-rasa bila cukup bulan nie adalah yang kena hantar Pasar Selayang atau Chow Kit. Bagi orang lain pula yang bela.

Tuesday, January 2, 2007

Aku keseorangan

hari nie 3 Jan 07. Kat opis hanya ada aku dan cda, seksyen akulah. Seksyen lain tak tau le. Tengahari baru jumpa. nak pergi makan. Yang dah ada anak bersekolah, semuanya cuti. ada juga yang anak masih 4 tahun cuti juga, Namanya Wan Mohamad Nasri.

Tak kerja nie. Kalau ada kerja pun tak leh nak buat. Kerja hari nie hanya untuk hantar barang ke Shah Alam. Pemandu pulak cuti. Katanya nak buat Cukai Jalan Kereta.

Hari nie juga dapat telefon dari Ibu bekas Pekerja Aku, Eddy. Dia tanya kalau-kalau anak dia ada hutang dengan aku. Malam menyambut aidil Adha tu, anaknya Eddy meninggal dunia, kemalangan melanggar Lembu. Motor Langgar lembu. Meninggallah anaknya. Harap-harap lembu tersebut dapat dikorbankan. Taklah membazir.

Begitulah adat yang hidup membayar segala hutang piutang mereka yang telah mati. Kira-kiranyalah kalau anda dah terasa ada kelainan pada hari-hari terakhir kehidupan, cepat-cepatlah lunaskan hutang yang tidak berinsurans. Apabila kamu pergi menghadap Illahi tak lah bersusah-susah orang yang hidup mencari si pemiutang anda. Ingatkan ini untuk saya dan diri anda. Terima kasih.

Oh ya, kebetulan cerita tentang lembu korban nie. Semasa balik melalui jalan Tangak ke Segamat, terserepaklah bangkai lembu yang dah kembung di tepi jalan. agaknya lembu sesat atau lembu korban jatuh dari Lori. Kalau Lembuh jatuh takkan lah si pemandu tu tak perasaan pulak yek? lainlah kalau pemandu tu ........
Lagi satu semasa melalui jalan dari Felda Ulu Tebrau ke Kulai, pun aku jumpa Bangaki Lembu. Tapi kali ini kecil sedikir, ala-ala dara gitu....
Dua gamaknya lembu berkorban tanpa dapat apa-apa balasan. Sayang.

balik kampung dan hari raya

Balik kampung lagi. Kali ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 31hb Desimber, 2006. Haji Akhbar lagi pada mereka yang menunaikan Haji kerana Ukuf jatuh pada hari Jumaat 29hb Disember 2006.
Kali ini misi aku balik kampung bukan sahaja untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga, ada yang lebih penting lagi iaitu membawa Kakak aku nan sorang nie pulang kembali ke Kuala lumpur. Bulan Sembilan yang lalu, masa menyambut Aidil fitri aku hantarkan dia balik ke Kota Tinggi, bagi membantu abang dan kakak ipar membuat persediaan perkahwinan anak dia. Tanggalnya 11 Nov 2006. Nor Ambrus Namanya. Dapat isteri orang Kuala Terengganu. Namanya sape yek, oh ye! Hanita. Kerja MISI.

Dalam perjalan pulang, keluar aje Tol Tangkak, terus aje masuk ke jalan Segamat. Nampak macam sediakala, maklumlah hari balik tu Hari Sabtu. Sempat juga aku ronda-ronda ke Alor Gajah, beli jering untuk buat makan dengan ketupat di pagi Raya nanti. Sedap gitu. Kembali semula bercerita pasal banjir yang telah menimpa saudara mara, orang senegeriku.

Sampai di simpang masuk Uitm, Segamat barulah aku jumpa air banjir tu, yang memenuhi Sungai gemereh(?) tak ingatlah, maaf. Nanti bagi tau yek!. Adalah rumah yang aku temui masih ditenggelami aras tangga. Malah ada yang lebih tinggi lagi. Sampai kat Segamat lebih kurang pukul 11.30 pagi. Terdapat rekahan besar di bawah jambatan keretapi. Sungai pun menjadi lebih besar. Entah kukuh atau tidak lagi jambatan kereta api tu. Minta-minta kerajaan atau JKR buatlah penilaian. Takut nanti lebih banyak nyawa terkorban.