Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, February 2, 2012

mengantuk sangat

100 hari dah berlalu - Zalena ali yang di sayangi






Inilah Gambar anak saudaraku yang telah menjalani 'Transplant Hati dan Jantung di Institut Jantung Negara.  Dah lebih  100 hari beliau tinggal di rumah keduanya  dan selama 100 hari juga saya bermalam di hotel IJN  untuk menjaga dia.   Siang ibu dan adik lelakinya, malam pula saya.    Macam dah reput tulang ini asyik tidur dalam aircond.  Semuanya ikut cita rasa dia.  Kalau dia panas kena 'cool' .. kalau sejuk kena 'hot' kan aircond.   Semua dilakukan kerana 'sayang'.....

Telah beberapa kali plan untuk balik ke rumah sekejap, setiap kali ada sahaja perkara baru yang terjadi.  Semuanya berjalan okey sahaja, sehinggalah dia menjalani  pembedahan mencuci nanah luka di dalam.  Dia semakin tidak berdaya... dan berdaya...  sehingga tiada selera nak makan. Tangan kirinya dah mula tak boleh gerak, kaku, tak boleh mengenggam... yelah tak boleh digerakkan.   Setelah dibuat  Scan doktor kata, ada ketumbuhan dan darah beku di otak dia.  'Ya Allah" itu aje yang boleh diucapkan bila dengan cerita dia.  Tak taulah macam mana ada darah beku.  'Kata doktor Kuman bawa dia.  

Untuk mencairkan darah beku dan mematikan kuman tersebut doktor beri makan pil pelbagai jenis  dekat 15 biji, yang kecil, yang besar, yang warna oren, biru, putih, bulat , lonjong ... semua ada.   Itu  jam 8 pagi dan 8 malan .  Jam 10 pagi dan 10 malam pula ... saya bagi nama pil ini "neelofa"  ejaaannya  dekat-dekat nak sama dengan seorang artis baru "Neelofa"  sebanyak 5 butir  seberat 25g setiap satu.  Dalam banyak-banyak pil itu terdapat pil yang akan membuatkan dia jadi sewel, pening, muntah, dan macam-macam lagi.  Bau makanan pun tidak boleh... boleh jadi Muntah.  Sebut nak makan ubat aje dah Muntah...  Bila makan pil ini dia akan golek kiri golek kanan tanpa henti.... tapi suara dia tetap kuat mengarahkan membantu dia, berpusing.

Setiap hari ada lebih 5 doktor yang datang buat pemeriksaan,  dari fisio, pakar makanan, doktor bedah, coodinator dan jururawat.   Mereka akan berbeincang untuk ambil tindakan yang munasabah untuk menghentikan gejala di atas.  Alhamdulillah... mereka ambil keputusan untuk hentikan pil yang membuatkan dia  sewa dan berpusing-pusing.

Sepatutunya  sebelum Tahun Baru Cina, dah dapat balik sekejap, tiba-tiba datang pulak penyakit lain... Tak boleh bernafas pulak.  Kecut jugaklah perut saya bila jam 5 pagi sabtu dia kejutkan saya kata tak boleh bernafas.  Ingatkan kejutkan untuk mandi, sebab dia memang suka mandi apatah lagi kalau pagi itu ada doktor nak datang,  Tapi memang itu adalah kesukaan dia, Waktu tak sakit dia akan duduk dalam bilir air samapi sejam baru keluar.  Sekarang ini baru nak sebut mandi, dah tak boleh bernafas pulak.   Kelam kabut Misi memberikan bantuan.  Untuk pertama kali kena pagi itu, dia sangat panik.  Bernafas pendek-pendek... katanya tak boleh bernafas panjang-panjang.   Puas Misi ajar suruh tarik nafas panjangpanjang dan dalam-dalam.  Dia Takut sungguh, walaupun begitu  dia tetap tersenyum....

Dah penatlah.... nanti sambung lagi ...