Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, April 26, 2012

Minggu Penuh Cabaran

Aku sangat bahagia, Lena telah boleh pulang kerumah setelah 182 hari menginap di IJN.  Tarikh 8hb April 2012 malah merupakan hadiah hari jadi ku yang paling bermakna yang akan muncul pada 11 hb April, yang jatuh pada hari pertabalan Yang diPertuan Agung. Ini bererti selama 5 tahun hari jadi akan disambut ketika Hari Pertabalan. 

Berbalik semula cerita tentang Anak saudaraku Zalena.  Aku sepatutnya telah boleh berehat-rehat di rumah. Bebas dari menjaga Zalena sekurang-kurangnya untuk masa  seminggu, sebelum arikh ulangan berjumpa Pakar IJN di adakan pada 16hb April. Entahnya tak semena-mena Emak dia macam tak sabar-sabar nak balik ke kampung.  Jadi pada pagi 11 hb April tu dia pun berangkat dengan anak bungsunya pulang ke Maokil. Ialah bertemu suami tercinta yang telah ditinggalkan entah beberapa minggu.  Rindulah itu.  

Seingat aku dia akan kembali semua pada hari Ahad , tetapi tak muncul-muncul, akahirnya aku dapat tahu dia merasa amat berkecil hati dengan sikap dan kata-kata anaknya Zalena yang bagi aku, hanya masalah kecil sahaja. Yalah orang tua. Nak buat macam mana.  

Mujurlah pada Hari selasa 24hb kedua orang tuanya datang menziarahi beliau.  Malangnya pada hari Rabu IJN telah memanggil Zalena masuk semua ke Wad untuk buat diberi Antibiotik yang lebih 'Strong" bagi menjamin  paru-parunya  bersih dan dia tidak mengalami batuk yang teruk. 

Biarlah cerita duka itu hanya untuk kusimpan , bukan untuk ditatap orang orang ramai. 
Maaf tidak dapat berkongsi cerita tentang rajuk dan kecil hati orang tua zalena di sini.