Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, December 5, 2012

OMG - aku DAPAT TIKET Percuma

Pagi ini melewati tempat gantungan pelbagai bil , aku menemui sepucuk warka bersampul puteh. Pada mulanya aku ingatkan surat-surat layang yang memberikan fliyers tentang nujum pak belalang atau pun bisness MLM atau bisness FOREX datau mungkin Prepaid 2 You dan macam-macam lagi flyers yang sampai.  Paling tak keruan flyers cabutan atau ramalan no ekor. 

Aku koyang aje hujung sampul puteh tu "shreek"  . La.... surat dari Polis Diraja Malaysia... Ha amek ko. Kenaaaa.    Aku belek depan dan belakang... ada nyatakan tarikh,  kat mana kena, berapa laju pecut segala-galanya lah. Paling Haru gambar kereta aku pun ada.... Pecah rekod. Masa bawa Perodua Kancil dulu... tak pernah sekali pun aku kena...... Padan muka aku....

OMG AKU DAPAT TIKET
NAMPAKNYA TERBANGLAH DUET

Semalam 19 Dec, keluar berita dekat Utusan Malaysia, kes saman AES ditangguhkan kerana untuk penyemakan sistem dan teknikal yang mungkin terlibat .
Alamak... dah bayar pulok saman tuhh....