Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, August 16, 2009

H1N1 dengan jumlah kematian 5 Juta orang

Semalam selepas sarapan di Restoran Dulang yang terletang di jalan Abdullah Kampung Baru, Kuala Lumpur, aku, lena Mak Uteh dan Hisyam pergi ke Pudu Raya. Hari ini Mak utih akan balik semula ke Felda Moakil, Labis Segamat selepas berada di rumah anak menantunya di Pangsapuri di Taman Dagang. Aku menyusuri jalan menuju ke tingkat dua Bangunan Pudu Raya untuk memakir kereta. Sebelum turun aku mengenakan Penutup Hidung dan Mulut sebagaimana yang dialu-alukan oleh Jabatan Kesihatan untuk memakainya bagi mengurangkan risiko jangkitan H1N1, yang sedang menyerang Negara dan seluruh dunia pada ketika ini.

Pagi pagi isnin ini, telah tercatat di muka depan Utusan Malaysia, seramai 62 orang telah meninggal dunia dan dua orang dijangkati. Semalam Utusan Malaysia mencatatkan jumlah yang akan terlibat adalah 5 Juta orang, satu angka yang sangat besar untuk sebuah Negera Malaysia yang terdiri berbagai bangsa, ugama dan budaya. Mudah-mudah Jabatan Kesihatan dapat mengambil tindakan yang drastik seperti menutup pintu masuk ke Malasyia kepada rakyat asing terutamanya. Malangnya , walau pun negara di serang wabak ini, rakyat asing masih juga nak datang ke Malaysia, sedangkan Rakyat Malaysia pula sibok nak tunjuk lagak dengan mengadakan demotrasi-demontrasi yang akan memberi pandangan buruk kepada bangsa asing. Entah lah............

Dua tiga hari yang lepas hujan turun dengan lebatnya, Jika tidak pagi, petang, jika tak petang, malam. Alhamdulillah, pemandangan alam pada pagi ini lebih jelas dari minggu sudah. Oleh kerana hujan yang selalu turun, bunga sakura di sepanjang jalan kucing telah luruh kebumi. Tidaklah dapat aku menikmati keindahan warna-warna sakura pink dan putih itu. Oh ya, semalam waktu aku melalui sebuah bangunan tak jauh dari Tesco dan bersebelahan dengan Stadium Shah Alam, aku terlihat pokok besar berbunga ungu. Tidak ada daun sehelai pun. Ungu seungu-ungu nye. Maaflah tak sempat nak mengambil gambar.