Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, August 13, 2012

Malam ke 25 Ramadhan

Malam ini malam ke 25 Ramadhan, merupakan malam ganjil. Malam LailatulQadar.  Satu malam beramal bersamaan dengan 1000 bulan.  Penuhi malam ini dengan atau malam ganjil di sepuluh malam terakhir untuk mendapat nikmat seribu bulan beramal hanya pada semalam sahaja.

Malam LailatulQadar ditunggu
Bermula dua pagi hingga subuh menjelma kembali
Mulai bangkit menunaikan solat
Solat Sunat, Taubat, Solat Tahajud
diudahi dengan Sunat Tasbih.

Jangan Lupa kunci jam
Terjaga jangan pula Terlena semula
Bangkit bila sahaja dikejut
Malam Lailatul Qadar Hanya semalam dalam sebulan
Membawa rahmat kepada Pengamalmya
Mintalah apa sahaja,
Minta aman
Minta kaya
Minta rezeki bertimbun
Minta Jodoh
Minta tambah zuriah
Minta zurih ramai-ramai
dan apa sahaja yang terlintas dihati
semua yang baik-baik belaka

YaALLAH, phon aku diberikan petunjuk
sebagai mana telah dilalui mereka yang menjumpai
Malam LailatulQadarmu yang penuh keberkatan
Biarpun aku bukan golongan yang disayang
Biarpun aku bukan golongan yang menepati waktu
Aku meminta sangat-sangat diberi peluang
Bertemu LailatulQadar
Malam Seribu rahmat
Malam Seribu Bulan

Amin.