Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, December 9, 2007

Jus Tombak - Resepi Sedap

Inilah kerja yang dilakukan oleh saya ketika cuti hujung minggu yang lalu.

Kemas rumah

Oleh kerana Lena balik kampung , kesempatan ini saya ambil membersihkan bilek dan juga ruang tamu. Almaklumlah , kesempatan untuk berkemas rumah dengan sesungguhnya hanya boleh dibuat apabila Lena tidak bersama. Bukan apa, Lena amat sensitif dengan habuk. Apatah lagi habuk halus yang sukar nampak oleh mata kasar. Opp! Lena sakit Jantung Berlubang, Kata doktor di IJN, kalau buat 'transplant" tak ada pun 50/50. Malah doktor pun tak menyokong beliau.

Seronok betul membuat kerja-kerja mengemas ni. Kalau selama ini tak nampak kat mana kertas, kain koyak, reja kain atau tulang ikan. Bila mengemas begini semua nampak. Yang tersorok dalam tilam, bawah tilam, dalam lipatan, dalan laci dalam almari, semua bagi keluar. Apatah lagi di bawah katil. Kotak-kotak bakul telur, bunga telur, plastik jajan, semuanya akan terkeluar. Dari satu keranjang ke satu keranjang plastik sampah penuh terikat. Saya susun di tepi pintu keluar. Mudah-mudahan bila Lori Alam Flora sampai, dapat dikirimkan ke tempat sepatutnya. Ha! lega. Janji pada diri sendiri untuk buat pembersihan sifar di rumah dapat dilakukan.

Sehari suntuk membuat kerja-kerja pembersihan, terlupa untuk makan. Lalu setelah keringat kering, mesti nak meneguk jus apa-apa yang boleh membasakkan tekak. Teringin pula mencuba resepi JUS TOMBAK. Boleh tahan jugak nie.

JUS TOMBAK

Bahan-bahan :

Separuh Lobak - di potong kecil
2 biji tomato -  dibelah-belah
4 sudu gula
1 botol  solivite

Campurkan kesemua bahan - di belender sehingga halus.
Tuangkan kedalam gelas atau jug (jika banyak)
Masukkan ketulah ais
Sedia untuk diminum.