Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 28, 2007

Urusan Mahkamah Syariah - Dapatkan Pembahagian Faraid

Itam datang lagi untuk urusan Andak. Tak selesai lagi. Tangguh pada 31.12.2007 jam 9.30 pagi. Ini kali Kedua dah tangguh. Sebelum nya dari 6 Nov ke 7 Nov.

Panas hati betul. Kalau kata dah tak jadi tu, tak payahlah bagi alasan Emergency. Telefon aje. Taklah susah-susah orang kampung datang Kuala Lumpur. Banyak agaknya duit yang dia bagi untuk buat tambang.

Lama jugak masa untuk selesaikan Nilai Pembahagian Wang bila seseorang saudara kita meninggal Dua sekiranya ia melibakan tuntutan wang yang berada di Tabung Haji, Bank atau apa-apa sahaj Milik kita yang dipegang oleh Pihak Ketiga.

Sunday, November 25, 2007

Bersembang di Shuang Hor Enterprise


Kursus Keusahwanan di Equotarial Hotel

24 Nov 2007

Bersama Yatie Menghadiri Kursus Keusahawan dan Pasaran Saham di Hotel Eqotorial Jalan Ampang.

Jom Jalan-Jalan - air Panas Gadek












cerita 1

Bagai dah dijanjikan Aku dan Yati bertolak dari Kampung Baru jam 7.30 pagi. Destinasi kami yang pertama menuju ke Putrajaya, berandang seketika di rumah Azah. Kami sampai dirumah Azah lebih kurang jam 8.15 pagi. Itupun setelah terlajak. Aku apa lagi buatlah pusingan U yang diharamkan(bukan ditempatnya) itu pun memandangkan ada kesan-kesan orang pernah lakukan. apalah sangat tak ada kenderaan lain yang lalu, di pagi hari itu. Nak jadi cerita kami tersesat sedikit untuk masuk lorong rumah Azah. Azah kata masuk no 9, Yati kata masuk no 12. jadi, maklumlah aku nie angin pus-pus memang banyak. Sementara mereka sebok menentukan arah jalan, aku pun apa lagi, merondalah sekeliling Taman itu. Akhirnya jumpa deretan kedai runcit dan juga gerai jualan nasi lemak dan kueh-mueh. Ooo... tak singgah lah kat sini. Akhirnya kata putus, masuk ikut pukul 12 dekat Bulatan itu. Sampai lah rumah Cik Azah kita tu.

CERITA 2

Nak jadi cerita, Mangga pintu pagar Azah, tak boleh dibuka pulak. Puas dah dia mencuba, giliran aku pula. Tak boleh juga. lalu akau kata pada Azah, "cuba cari kunci lain. entah-entah ini kunci salah". "Eh.. taklah. Kunci nie lah yang saya guna sebelum ini". Jawab Azah. Azah terkedek-kedek masuk dalam rumah , ambil lain kunci. Dia pun mencuba pula kunci-kunci yang di bawa tadi. akhirnya dapatlah kepastian. Mangga telah bertukar. Mangga belakan jadi mangga depan rumah. Baru dia tau. Susahnya ada rumah sendiri. Sampai kunci pun tak boleh kenal pasti. Pintu dibuka sahaja, bergegas kami ke pejabat kecil... eee.... tak tahan le....

CERITA 3


Kami sampai di tempat yang di tuju iaitu AIR PANAS GADEK. Jam menunjukkan jam 11.30 pagi. Dah Panas tu.. Cam mana nak mandi. Apa-apa pun kami makan sandwich dulu, seorang 3 keping. Dah kenyang kami barulah pergi menyalin pakaian mandi. Azah dan Yatie tak sabar-sabar nak mandi air panas. Rasakanlah.....

Aku turut serta setelah kawasan kolam dibersihkan oleh pekerja. Dari satu kolam aku pergi satu kolam lagi. Bukan apa untuk merasa kepanasan air. Akhirnya aku pegi kat tempat budak-budak kecil. itu pun airnya paras pinggang juga. Panas Ooooooo.
Lebih kurang setengah jam kemudian, aku naik semula di pondok rehat. Baca surat Khabar pasal Nurul dan Farawahidah. Buka semula bekalan , dan makan. Setelah itu aku pun apa lagi. "Ngorok" le. Punyalah nyamannya. Tak kira pelbagai bunyian yang dikeluarkan anak-anak pelawat, mata aku terus pejam.
INILAH MASA UNTUK ISTIREHAT. BERJALAN-JALAN UNTUK REHAT. BETUL TU.

Jam 2.40 petang kami balik.