Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, November 26, 2012

Majlis Konvo Uitm- Wahidah Ahmad

Semalam 26 Nov, aku dijemput oleh anak buah kesayangan ku Wahidah ahmad menghadiri Hari Konvo di Uitm Shah alam. Dia mendapat anugerah Klas Pertama dalam Bidang Perakaunan. 

Wahidah ini satu-satu anak buah ku yang suka ketawa, walaupun baru cakap beberapa patah perkataan. Kadang-kadang ketawa lagi banyak dari berkata-kata. Sikit-sikit ketawa, sikit cakap ketawa. Memang periang sungguh.  kadang-kadang rasa malas nak dengar dia cakap, tapi rindu pulang nak dengnar dia gelak.  Kalau hantar SMS pun hujung kata-kata yang ditulis mesti ada perkataan Hik... Hik... Ha.. Ha... Tak pernah Miss.

Aku bertolak dari Kuala lUmpur jam 5 petang. Setelah balik dari mendenagar cerama agama di Masjid Al-Ridzuan Hulu Kelang. Jam 6.45 ptg baru sampai di Hotel Penginapan Hotel D Arte. di section 7 shah Alam.  Semua ahli keluarga Wahidah ada bersama kecuali kakak Ipar dia Azie , tidak dapat serta. Beliau ada di Pulau Pinang. Dengar Khabar Awal bulan Januari, nak bersalin.

Malam tu kami berjalan sekejap di Mymydin, yang letaknya tidak jauh dari Hotel kami. Setelah itu kami pergi makan di Kopitiam Hotel tersebut.  Masing-masing memesanlah makanan kegemaran . Dari Roti Bakar, Roti kaya , Mee rebus, Kueh Tiau, Mee Hailam, ABC, Cendol dan lain-lain jenis air.  Masakan di sana boleh dikatakan kurang menyelerakan kerana... kebanyakan nya terkurang rasa. terkurang gula bagi airnya.  Pendeknya makan pun sekadar  mengalas perut sahaja.

Ketika makan itu siaran Perlawanan Bolah sepak  Pialla ... antara Malaysia dan Singapura sedang berlangsung.  Kami pun turut sama mengikuti. Bilamana Bola menuju kemuka Goal pihak lawan, kami sama-sama berteriak mahukan GOOLLLL . Tetapi memang nasib tidak menyebelahi, kerana angin aje yang masuk.  Lima enam kali jugaklah pemain Malysia  memusatkan perhatian kearah pintu lawan.  Norsharul (Mat Yoyo) teruk jugak nampaknya kena kepong dan dijatuhkan pihak lawan. Kesian dia.   Malan itu setelah selesai menjamu selera kami kembali ke Hotel . Kami tinggal Perlawanan untuk separuh masa kedua dengan Malaysia telah dikalahkan 0-2 pada separuh masa pertama.  Kami tidak menonton lagi selepas itu. Sebab masing-masing sudah kepenatan . Jadi buat tahi mata sudahlah. Paginya kami dapat berita Malaysia Tewas 0-3 kepada Singapura.


Pergi dengan ceramah Agama di madsjid Al-Ridzuan Hulu Kelang

Alhamdulilllah, pada hati minggu yang lalu 25 Nov 2012. dapatlah aku menginjakkan kaki di Masjid Al-riduzn di hulu kelang. Secara kebetulan pada 24hb aku hantar sms kepada kawan baikku Muzalifah dengan hanya menghantar "Assalamualaikum " sahaja.  Dia pun balas dengan menjawab salam ku dan seterusnya mempelawa aku menghadirkan diri mengikuti cerama di masjid tersebut.  Aku pun bersetujulah tetapi tidaklah aku janjikan pukul berapa nak datang. Biasalah jika nak ke Masjid dengar pula ceramah Agama ... tiba-tiba aje semua sendiri-sendi akan jadi sakit, badan jadi berat, kepala jadi pening, mata jadi mengantuk.  macam-macamlah gangguan Syaitan lanaktullah yang mengiggit, meniup, menghembus, berbisik.

Pagi ahad itu aku pun berkemas agar cepat jugak, tetapi masih meneruskan kegiatan melingkar sehingga jam 8.30 pagi. +6