Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, August 16, 2007

Sekali sekala masuk

Berbulan tinggalkan laman ini kerana sebok melayari laman-laman nak kaya. menjadi jutawan, menjual pelbagai jenis laman web. Tetapi tidak ada satu pun yang berkenan di hati.

Selalunya saya membaca laman web Irfan Khairi. Tip-tip yang baik dan berguna diberikan dengan terang dan nyata.

Namun sehingga saat ini saya masih belum dapat mengikuti seminar atau kursu yang dijalankan. Bayaran sekarang pun dah meningkat dari RM750 kepada RM840 sekarang ini. Mungkin tahun 2008 akan menjadi RM1000 pulak?.....

Pun saya masih belum nak mengikuti lagi.

Sabarlah. Tetapi kesabaran ini pun jika terlalu dipendam, satu hari akan menanah juga , pada saat itu mungkin dari RM1000 dah jadi RM2000. Kos kursusnya.

Mudah-mudahan tidak.

Selamat Pagi


Hai hari nie tak ada apa nak di buat. Duduk melahu.
Nielah bakul telur yang saya belajar buat dikampung.
Sesiapa yang berkenan nak belajar boleh hantar permintaan .
Mudah juga membuatnya setelah mengikuti beberapa kali.
Jika ada niat nak belajar hantarlah nota kepada saya.

Tuesday, August 14, 2007

Engkau Pergi dulu.....


Semalam segabagimana dinyatakan kawan saya yang meninggal tu merupakan egen pengangkutan kepada syarikat tempat saya berkerja. Telah lama juga mengenali dia. Kekurangan deria pendengaran yang dimilikinya membuatkan mereka yang mengenalinya bercakap dengan kuat pada Arwah. Pun begitu Arwah tidak berkecil hati.
(Gambar nie hiasan sahaja)

Bercerita pasal kekurangan deria pendengaran ini, abang saya pun begitu. Tetapi jika bercakap di talipon boleh pulak mendengarnya. Selalunya jika bercakap perlahan atau berbisik, jika nampak oleh beliau tentu dimarahi. Ialah , kena bercakap dengan kuat-kuat ni, takut-takut menganggu orang lain pula.


Apa pun setiap yang berlaku itu adalah anugerah dari Dia. Yang pasti kita sebagai hambanya mestilah Reda dengan Qada' dan Qadar yang telah ditentukan.


Oh ya! semalam cda kata dia kena alergi, gatal-gatal seluruh badan. Muka pun naik tembam macam wajah peranakan Jepun. apatah lagi Cda mempunyai kulit putih melepak.

Monday, August 13, 2007

Inalillah..........

Hari ini pukul 7.30 pagi 14.8.2007 dapat sms dari Shamsul Ezan , Alias meninggal dunia. Aku telah menziarahi buat kali terakhir bersama Cik amal, Yatie, Su, Hana, Laziem, Khairul dan Rosli. Kami sampai setelah Arwah dikebumikan.

Setelah bertemu isteri Arwah, Kak Ima, kami pun pulang.

AlFatiha.

Dari RM100 jadi RM3

Malam minggu 11.8.2007 rumah Uteh di Feldo Maokil mengadakan khenduri kesukuran sempena menyambut Rosman Balik dari Qatar.

Sebelum pulang ke sana aku telah menghubungi adik beradik yang lain untuk pulang sebentar , bertemu dan melepaskan rindu. Pada malam itu datanglah Anjang dari Gemas, Pak Itam dari Air Hitam dan Long dari Ulu Tebrau ke rumah Uteh. Pak Itam berjanji untuk memerikan RM100 sebagai duit petrol untuk membolehkan kami berkumpul.

Sebela pagi sebelum berangkat pulang ke air Hitam, Pak itam telah menyelitkan wang kertas ke tangah aku.

"Nah bagai dijanjikan" katanya.

Oleh kerana hari pun gelap, jadi aku pun taklah melihat akan ia. Setelah semua abang-abangku berangkat pulang, aku pun duduk-duduklah dan membuka kembali tapak tangan aku untuk melihat jumlah yang dijanjikan. Seronoknya tak terkata. Tak Pernha dapat belanja sejak dah mula berkerja.

"Ha!, RM3.00 sahaja?" Aku tersenyum dan ketawa sendirian. Tentulah Itam telah tersilap menyeluk saku seluarnya.

Walau bagaimana pun aku tak patah semangat. Pagi itu bersama Lena aku ke pekan Chaah untuk berbelanja sarapan pagi.

"Itam Talipon." Kata Uteh. " Dia tersalah bagi duit belanja. " Sambung uteh menyampaikan pesan dari Pak Itam.
"Dia minta berbanyak maaf."

"Tak apa'" Nak buat macam mana. Hari gelap.

Tak dapatlah nak berbelanja besar di Tangkak. Membeli baju Raya.