Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, October 31, 2007

Rumah Andak

Hari ini terasa rindu dengan Andak.

Ina bagi tau Rumah Andak telah siap dipasang , cantik. Pokok bunga pan halus yang ditanam semasa raya telah hidup dengan subur. Menghijau. Meyiapkan rumah anda agar kelihatan kemas dan bersih telah aku laksanakan. Mudah-mudahan Allah memberikan aku masa untuk datang melawat rumah Andak setiap kali aku pulang ke Kampung.

Makan Tose




Sejenis makanan milik Kaum India
Rasanya sedikit masam pada mula makan dan lebih masam bila rasa dah kenyang.
Rupanya : Bulan, Nipis, sebesar kuali mengoreng rosi canai.
Dimakan bersama kuah dal, kari dan .......


Hari ini sebenarnya tak ada mood nak kerja, sebab semua kawan-kawan dah pindah ke Petaling jaya. Tak dapatlah makan Tose lagi bersama Ana dan Yan. Mereka berdua nie kawan kita makan Tose setiap pagi. Malangnya selepas nie kita terpaksalah makan Tose sendiri-sendiri di Kedai ANUJA. Ha! Ha! Ha!.......

Apa yang mengembirakan. Boss Besar akan mendekorasikan bilik ditingkat 3 dengan "design" yang baru. Ala-ala koperat gitu. Bidang kerja juga akan ditambah atau dirombak. Masih lagi tak tau nak teruskan dengan jenis perniagaan yang bagaimana sesuiai dengan syarikat tempat kita bekerja nie. Mudah-mudahan syarikat lebih maju dan mudah-mudahan juga ada pertambahan pekerja dibahagian pemasaran, sepaya syarikat ini akan terus dikenali seluruh Malaysia,

Dengar kata kengkawan yang pindah mereka dapat pertambahan gaji dan mungkin ada kenaikan lagi selepas tiga bulan. Alhamdullilah..........

Sunday, October 28, 2007

Yang pindah

Hari ini semua pekerja anggerik sebok mengemaskan barang mereka untuk berpindah ketempat lain. Mulai 1 nov 07 mereka telah jauh terasing dari aku dan "Gedik". Yang tinggal Kak Ct dan Nenek Yatie.

Hari ini juga ada jamuan makan hari Raya yang dikongsi bersama-sama membawanya. Pelbagai juada ada di bawa. Dari Nasi Dagang, Nasi Goreng, Bee Hon Goreng dan juga Kueh Mueh Hari Raya.

yang Pergi

Hari ini 29.10.2007