Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 4, 2009

Bercuti Ke Pulau Redang

Pada tarikh ini 24 Julai hingga 27 Julai 2009, aku dan semua kawan sepejabat pergi bercuti di Pulau Redang yang terletak di Laut China Selatan.

Perjalanan kami bermula dari tengahari Khamis 24 Julai. Aku, Faridah Hekmat , Zalena anak saudaraku menaiki kereta Honda sementara Hairol dan Juliana naik kereta Wira, Cda dan keluarga nya naik kereta sendiri , begitu juga Zaini bersama dengan isterinya, naik kereta Kelisa. Cuma Awik dan Mior aje yang tidak pergi.

Aku membawa bekal ketupat cilik , sambal udang dan ikan bilis, udang goreng dan juga Nugget Ikan. Suka-suka bawa, untuk jimat duit. Kami berhenti di persingahan Lancang di lebuh raya timur barat, untuk makan-makan. Aku pesan Ju untuk beli Air meneral dan Pinggan kertas, roti Gardenia. Kesian, pinggan kertas tak ada. Makanlah kami menggunakan cawan kertas, mujurlah Ju beli sudu lebih. Lebih kurang pukul 2.30 kami bertolak ke Kuala Terengganu. Faridah Hekmat mengambil tempat memandu, aku duduk di sebelah. Seronok juga sesekali dapat jadi penumpang, boleh rehat panjang.
Sekali lagi kami singgah disebelah Masjid Geliga. Ju, Hairol dan Lena singgah digerai sebelah Masjid untuk membasahkan tekak, sementara aku dan Faridah Hekmat (FHek) pergi menunaikan solat Asar lebih kurang jam 6.00 petang. Selesai solat kami pun bersama-sama menikmati minum petang. Aku dan FHek memesan Roti Kukus dua ketul sorang. Sedang elok menjamu selera, sampai pulak Cda dan keluarga, diikuti Aidil serta isteri dan anaknya.

Kami bertolak dari sana lebih kurang 6.30 petang. Masih seperti mula tadi, FHek masih lagi hendak memandu, walau pun aku tawarkan diri untuk mengganti. Selepas itu kami tidak berhenti lagi, sehinggalah sampai di Bandar Kuala Terengganu, lebih kurang jam 9.30 malam. Aku dan Lena hanya lepak-lepak dalam bilik di Hotel KT Mutiara, sedang kawan-kawan yang lain pergi melepak di Pantai batu Buruk. Al-maklumlah aku baru sahaja sampai di KT pada bulan Mac , bersempena perkahwinan anak saudara aku , Rosman dengan orang Ganu.

Pukul 12.00 malam aku terjaga, bila terdengan titis-titis air hujan jatuh . Bunyinya agak besar juga, yang menandakan malam itu di Kt memang hujan lebat. Tak lama memejamkan mata , aku diganggu pula dengan bunyi mesej di HP . Mau tak mau kena juga tengok. "Nanti berkumpul dekat Lobi jam 7 pagi". Begitu bunyi mesej tu, Ju yang hantar. Kerana mengantuk sangat mata aku terpejam semula. dan terganggu lagi tidurku oleh kejutan petikan suis lampu. Kacau le, Lena pulak nak mengosok baju. Anak aku nie, tak sah berjalan kalau tak gosok baju. Mana-mana pergi mesti usung sterika.

Selepas menunaikan solat Subuh, jam 6.45 pagi aku dan Lena dah turun kebawah, tak mahu kelewatan. Jarum jam dah menunjukkan jam 7 , muncul Hairol, kemudiannya FHek dan Ju. Lama menunggu turun pulak Cda sekeluarga. Hai boring betul, kalau menunggu orang nie. Bila Cda kata jam 8 pagi baru nak gerak ke Jeti, aku lagi jadi Bosan. Keterujaan nak gi dah mula mengurang. tapi aku urust dada "sabar, sabar, sabar......'