Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, February 13, 2011

Motor dan Penunggang Motor

Pagi ini ketika melalui jalan kecil dihadapan hospital Tawakal yang baru di Jalan Pahang, kelihatan kemalangan kecil berlaku diantara motosikal dan kereta Volvo. Nampak gayanya kereta volvo itu mengalami kerosakan kecil dengna bumpernya yang kemek sedikit. Sedangkan si penunggang motosikal pula terduduk dikaki lima jalan. Taklah nampak parah, mungkin tergolek atau mungkin motor dia bergesel aje dengan volvo itu. Jalan tak sebok itupun masih ebrlaku trajedi jugak?

Sudah menjadi kebiasaan aku , melalui jalan kucing untuk ke pejabat aku yang terletak di desa aman puri kepong. Sekali lagi aku terlihat satu kemalangan di jalan kuching, berdekatan dengan bulatan duta, sebuah motor berlangar dengan kereta, kelihatan penunggang tersebut tertiarap dijalan raya, masih bertopi keledar lagi, Apalagi Mat-mat motor pun telah mengelilingi dan menolong mengawal lalu lintas. Jem gilalah jalan ke bandaraya. Yang pastinya mereka yang masuk pukul 9 pagi akan tertunda masuk jam 10 pagi. Itu kalau nasib baik, anggota polis datang awal, kalau lambat lagi parah, jam 11.oo lah baru masuk ke pejabat.

Oleh itu, jika sebelum ini aku memandu 90 km/jam, mula lah aku memperlahankan sedikit kepada 80 km/jam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul , esok 15hb Februari, 2011