Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, January 1, 2013

Masak Pucuk Manis dengan Labu

Semalam 01.01.2013 kita telah pergi ke NSK Selayang bersama Kak Tipah untuk membeli Ikan makanan kegemaran anak-anak beliau.  Kita jadi pemandu aje.  Beri khidmat kepada warga Vateran.  Kak Tipah sungguh benar berbelanja.  Masa orang gaji dia sehat dulu, orang gaji yang berbelanja, selalunya di Chow Kit sahaja.  Bila dah berkawan dengan kita, kita bawa dia ke NSK, boleh beli lagi banyak dan keadaan nya bersih, ada troli lagi. 




Bahan-bahan

1 ikat pucuk manis
1/2 biji labu
sebiji kelapa ambil 2 cawan santan . Jika suka lebih kuah, boleh tambah lagi.

Bahan Untuk ditumbuk
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
segengam ikan bilis yang telah dibersih.

2 biji lada merah , dipotong empat
2 biji chili  di titik sahaja.
garam


Cara-cara

1- leraikan daun pucuk manis dari tangkainya
2- Labu di potong (Ikut suka) di buang kulitnya (Jangan habis)
3- Masukan  santan dan semua bahan tumbuk kedalam periuk bersama dengan labu. Kacau-kacau selalu
4. Tunggu sehingga mendidih dan rasalah jika Labunya sudah empuk bolehlah masukkan daun.
5.  Tambah garam jika tawar, boleh letak perasa tambahn jika suka.
6.  Jika labu sudah empuk /lembut bolehlah diangkat.