Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, July 3, 2012

Jus Kurma Bermadu- Sedap

Setiap pagi Akak amalkan meminum Jus Kurma Bermadu yang dibuat sendiri sahaja.  Walaupun kurang perisa tetapi khasiat Kurma dan Madu , bila disatukan rupanya memberikan tenaga yang tidak kurang hebatnya.  Dapat dirasakan sepanjang hari tidak mengantuk maupun mulut terbuka lebar (menguap), menahan rasa nak tidur.   Sudah seminggu Akak mencuba resepi sendiri ini, Alhamdulillah berkesan.

Semua orang sedari Pokok Kurma tumbuh subur di Negeri Arab, walaupun telah kedapatan sebatang dua di tanam di Malaysia. Rasa buahnya belum tersebar lagi.  Dulu ada sebatang di tepi Masjid Kampung Baru, tetapi telah di tebang demi sebuah pembangunan.  Melihat buahnya terjuntai tetakala muda, tak sempat pun memetiknya, almaklum pokok yang tidak diketahui empunya tuan.   Kini Masjid kampung baru dalam proses pembinaan atau lebih sesuai dinamakan dalam pengubahsuaian.  Lagi dua minggu Bulan Ramadhan Al-mubarak nak datang, Masjid belum nampak siapnya.  Mudah-mudahan  pada tahun ini dapatlah bersembahyang Tarawikh lagi.

Inilah Resepi Jus Kurma Bermadu

  • 3 butir Kurma - (ikutlah apa yang kita ada)
  • 1 sudu makan madu (boleh lebih)
  • 1/gelas air masak panas.
     Kurma dibelah dua.  Masukkan kedalam gelas dengan bijinya. Tuangkan Madu tadi.
    Curahkan air panas. Tutup untuk 10 ke 15 minit.  Sedia untuk dihidangkan . 
   (p/s: boleh juga dimasukkan ais tetapi air panas hanya setengah gelas sahaja .  Elok diminum
     segelas diwaktu pagi segelas lagi di waktu mahu tidur)

Nasi Beriani Gam Ayam Sedap

Ini resepi Akak Ambil dari BH dan kongsikan dengan kawan-kawan semua.  Akak belum pun mencuba resepi ini. Jadi tak boleh nak bagi tahu samada resepi ini menjadi atau Akak sendiri yang tak jadi.  Ha!!! Ha!!!!

 Bahan-Bahan Untuk Nasi
  • Beras Basmathi - 1 kg
  • Daun Pandan - 3 helai
  • Bawang Merah - 100 gram (dikisar)
  • Bawang Putih - 100 gram (dikisar)
  • Halia - 10 gram (dikisar)
  • minyak sapi - 1/2 tin (agak-agaklahh)
  • susu cair - 1 tin
  • Pewarna kuning - 1 sudu
  • Garam secukur rasa
Untuk Ayam
  • Ayam - 1 ekor
  • Bawang Merah - 100 gram (dikisar)
  • Bawang Putih - 100 gram (dikisar)
  • Halia - 20 gram (dikisar)
  • Kayu Manis - 1 batang (2in)
  • Cengkih - 3 kuntum
  • Bunga Lawang - 2 kuntum
  • Rempah beriani - 1 peket
  • Ketumbar - 100 gm
  • Jintan Manis - 10 gram
  • Jintan Putih - 10 gram
  • Susu Cair - 1 tin
  • Daun Pudina - 50 gram
  • Daun ketumbar - 50 gram
  • Garam
  • Gula
Cara Masak Lauk
  • Panaskan minyak kemudian tumis kayu manis, cengkih dan bunga lawang
  • Masukkan bahan kisar, Tumis hingga naik bau
  • Masukkan rempah beriani , ketumbar, dan jintan. Tumis hingga pecah  minyak
  • Masukkan ayam , masak hingga empok
  • Akhir sekali masukkan susu cair , garam secukup rasa.
Cara Mask Nasi
  • Panaskan Minyak sapi kemudian tumis bahan kisar dan daun pandan hingga naik bau
  • Masukkan susu dan pewarna kuning
  • Masukkan beras
  • Kacau hingga sebati dan biar di atas api sederhana sehingga masak
  • Selepas nasi sudah masak, masukkan ayam
  • Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Resepi ini telah dikongsikan dalam BH dari koloum MASAK APA HARI INI
dan dikongsi oleh Chef Sous, Samsudin Ahmad - Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

p/s : Jika dah ada yang mencuba.. kongsi cerita disini ya!!!!  Terima kasih.

BH, Utusan Malaysia dan NST

Pagi ini, ambil sedikit masa menyelak berita-berita yang terdapat di helaian surat khabar BH, Utusan Malaysia dan NST.  dimuka depan BH sentral terpampang gambar Tol dengan deretan kenderaan , gambar orang awam berbaris menaiki bas dan juga pengguna komputer yang berbaris untuk melangkah masuk.  Semuanya berkisah  tentang ulang alik pekerja menggunakan perkhidmatan tersebut saban hari dari NS ke KL. 
INFO :  Jarak Perjalanan dan Pengangkutan
    • Seremban - Kuala Lumpur : 70 km
    • Nilai - Kuala Lumpur  : 50 km
    • Komuter KTMB - 100 perjalanan  sehari
    • Sistem Kenderaan Bas KL - Seremban : 120 trip sehari
    • 5000 kenderaan melalui Plaza Tol Seremban - Plaza tol Sungai Besi
    • 5000 kenderaan melalui Plaza Tol Nilai - Plaza Tol Sungai Besi
Semenjak membeli kereta pada Tahun 1999 ,  kadang-kadang sahaja Akak menggunakan  kenderaan awam.  Adalah sesekali sekiranya pulang ke kampung, itupun jika pulang ke Kota Tinggi, jika tidak akan memandulah sendiri dengan kereta kesayangan  SiKancil Nan Bertuah.





Sunday, July 1, 2012

Ajal, Maut, Jodoh Pertemuan - Dah Bertemu Kah?

Nak Tergelak aku mendengar cerita seorang Ustaz tentang susahnya dia mendapat jodoh. Puas mengayat yang di tengah-tengah, mengayat pula yang di selatan, tak berkenan jugak, mengayat pulak yang di pantai timur , pun saya kempunan jugak.  akhirnya ustaz mengayat pula bakal isteri yang duduk jauh di utara Tanah Air.  Alhamdulillah diperkenankan Allah Azajawalla. amin.

Kata Ustaz puas jugak dia bersembahyang Istikharah, masaalahnya  yang datang pulak dua tiga sekali, lalu ustaz dah tak tau nak pilih macam mana, akhirnya Ustaz nilaikan kepada 4 perkara sebagimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu antara lainnya
Agamanya,
Hartanya ,
Rupanya dan
 ke empat ..... (Lupalah)...

Akhirnya Ustaz memilih bakal isteri NUn jauh di Utara tanah air.  Walaupun telah memilih masih ada yang telah meninggalkannya datang kembali , malah sudi pula menjadi isteri kedua Ustaz (Bermadulahhhhh)..... Tersenyum aku mendengar cerita ustaz nan satu ini yang baru sahaja melewati usia 28 tahun. Katanya Bulan Oktober tarikh pernikahannya dan majlis akan diadakan pada bulan November 2012.  :Selamat menjadi Raja Sehari"

Berbalik kepada soal jodoh  ini, ustaz ada meninggalkan petua kepada aku, bagaimana jika telah lama berusaha tetapi masih belum bertemu.  Katanya manusia memang diberikan oleh Allah Taala dugaan dengan pelbagai ragam. Ada yang bertemu jodoh sewal usia belasan tahun, Ada yang bertemu jodoh setelah usia merangkak senja, malah jiran yang telah lama dikenali itu yang menjadi suami, sedang selama ini sebelah mata pun tak pandang. Begitu setiap lelaki pasangannya ada wanita.

Ada juga mereka yang telah berkahwin, tujuh ke sepuluh  tahun belum dikurniakan cahaya mata. Merata-rata pergi berubat dari traditional hingga keperubatan model yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.  Semuanya gara-gara hendak mendapatkan zuriat dari benih sendiri.  Sesetengah  pasangan akan membawa haluan masing-masing , apabila campur tangan keluarga mulai meresap. Maka runtuhlah sebuah masjid yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta. 

Ada juga pasangan hari ini bersanding,  seminggu kemudian di dapati hamil, sebagaimana yang dialami pelakon Fasha Shanda . beruntunglah Bunting pelamin kata orang tua-tua.  Apa yang terjadi masa kini pulak,  bayi-bayi comel dibuang merata-rata, dikaki lima, di tepi longkak, dalam tong sampah, dilempar kesungai dan macam-macam lagi tempat yang tak sepatutnya diletakkan bayi tersebut.Paling menakutkan carta menunjukkan bayi dari anak Melayu islam yang paling ramai.