Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, September 15, 2011

Melayu Itu

Saya kutip sajak ini dari surat khabar lama yang ditampal dalam buku lama saya.  Bacalah, mudah-mudahan anda dapat memahami, makna yang tersirat. 

Melayu Itu Orang Yang Bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulu
biar mati adat
jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung
luas maknanya
Jawa itu Melayu, bUgis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
(setelah disunat anunya itu...)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyuman
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

Watak  Melayu menolak permusuhan s
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan.

Beramai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
madu diungakap sentiasa bersahut
tangan dihulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu
tak terbandingkan
segala yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
:Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera  di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu
abad dua puluh satu (21),
masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka.

- Usman Awang -

Nak Buka Kedai Online dengan Modal Rendah
Daftar PERCUMA Di SiNi


Wednesday, September 14, 2011

Anak Saudara & Cucuku

Anak Long
1. Mohd Narang    
  • Aziq
  • Hafiz
  • Umairah
  • Adik
2. Junaidah

                                                                                     
  1. Junaidah
  2. Amerey
  3. Fadly
  4. Faizul
Anak Ngah
  1. Nor Amros
  2. Nor Azman
  3. Siti Rohani
  4. Kamarul Arifin
  5. Siti Zulaika
Anak Uda
  1. Rabidin
  2. Zakariah
  3. Anak P- lupa nama lak
  4. Azlan
  5. Mansor
  6. Zaleha
  7. Busu
Anak Uteh
  1. Zalena
  2. Siti Aliza
  3. Rosman
  4. Mazwin(Dah Simpan)
  5. Azlin
  6. Atai
  7. Hisyam
Anak Kakak

Anak Hitam
  1. Along
  2. Azrul Fadly
  3. Bagong
  4. Wahidah
  5. Hafizah
  6. Mohd Fais Farhan
  7. Baby
Anak Anjang
  1. Fateha
  2. Norhazwani
  3. Fateh
  4. Fazrul
Anak Acik
Anak Adik/Usu
  1. Ona
  2. Farhan

TOTAL  ; ANAK SAUDARA - 37 ORANG