Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, February 20, 2013

Lewat sebulan berlalu.

Rasa malas nak menulis sejak sebulan lalu, menyerang dengan tiba-tiba. Ini mungkin disebabkan kurangnya minat membaca bersemarak di hati lagi, lalu tiada lagi mdah berbunga, apatah lagi yang berlagu untuk dicoretkan kata diblog yang tak seindah nama.

Hari ini terpanggil pulak untuk mencoretkan peristiwa yang terjadi dalam tempoh sebulan berlalu.  Sebagaimana biasa pada hujung-hujung minggu kedapatan majlis-majlis perkahwinan dijalan-jalan kecil di Ibu Kota KUala Lumpur. Maklumlah tiada  bibir jalan yang luas, dan tiada pula laman yang dimiliki oleh setiap penghuni di Kuala Lumpur.   Lama yang ada hanya muat-muat dua pasu bunga, yang untung sikit adalah tempat meletakan ampaian kain.  Yang paling teruknya jika Fat yang tinggi melangit tetapi tiada tempat jemuran. Rumah Kotak atau rumah Merpati. Seksa. Terpaksalah menghandar DOBI. Orang dobi jugak yang kaya raya.

17hb Februari, menghadari jemputan perkahwinan Hasmawik di Berjuntai Bistari.  Kesian dekat diri sendiri, sebab tiada enalan lama yang mengiringi. Duduk termangu sendirian sebelum di sapa Hanim isteri kawan pejabat lama dan kemudiannya Zaini dan isterinya.  Sedang berbaris mendapatikan rezeki terpandang Jafri sedang melayan tetamu.  Kugoyang-goyang tangan , lama jugak baru dia menoleh.  "Akak" Kata dia.  Lalu aku disuruh duduk makan diruang kosong .  Selepas makan bersama dengan Isteri Zaini kami, menuju ke set makan pengatin.  Menegur Hasmawik yang segak berpakaian Raja Sahari. Tersenyum simpul . Setelah bersalaman aku, pun menghampiri Emak beliau, dan menhulurkan ang pow. Setiap yang berjabat tangan akan dapat se bekas  Jelly samada hijau , merah atau kuning.  Rengkas berbanding dengan yang lain. Ada bunga telur, gula-gula lah, dan macam-macam lagi sebagai buah tangan untuk diberikan pada anak-anak yang berkejaran .  Alhamdulillah.

Aku berangkat balik ke Kuala Lumpur jam 1.30 tghari. Singgah sebentar diMasjid di tepi jalan sebelh Petronas Ijok.  Sampai rumah jam 3.15 ptg. Tukar baju paggil Kak Tipah untuk bawa dia ke NSK beli Ikan untuk anak-anak kuching beliau.  Adoooiiiiiii.... letih jugak rasanya, tapi demi kakak ku sorang gagahkan jugak mengenangkan usianya yang telah lewat 65 Tahun.      Jangan tak tau sangat cekap membawa kereta dan memakir kereta.  Pantang ada ruang sedikit, terus dia suruh pakir, sendang aku nak cari yang benar-benar mudah. Tap payah nak undur, masuk, undur masuk, belok kiri, pusing kanan sikit, pusing kiri sikit. Ha... baru menjadi.  Pun begitu tempat yang sesak di NSK Selayang nie, bukan mudah nak park kereta.

Cukuplah untuk hari ini.  Sebagai kenangan untuk dibaca dan diingati masa akan datang kira ada umur yang panjang.

Terima Kasih ALLAH