Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 28, 2006

Air Panas Gadek



Pada 23hb Desember 2006 aku dengan anak saudara pergi rumah Majlis Perkahwinan Kak Liza, Anak Sulong dia. Entah macam mana ketika menuju jalan balik, aku tersesat menghala ke bandar Melaka. Tapi aku patah balik. Sebelum tu aku nampak le "Sign Board" Air Panas Gadek. Oleh kerana dah terlajak, aku pun berpatah balik.

Cantik dan kemas tempat nie. Masa tu jam baru pukul 12.30 tengah hari. Tiket Masuk RM4.00 dewasa. RM2.00 kanak-kanak. Apa lagi dengan bayaran yang berpatutan itu, aku pun beli tiket. Adalah baru 2 keluarga. Satu keluarga sedang makan. Satu lagi keluarga tengak dok berendam macam Kerbau.

Aku pun ambil kesempatan sama, ku selak kain, terus aku rendamkan ke dalam kolam. Mak datuk, panasnya. Lama jugalah aku duduk kat situ, sampai jam 3.00 petang. Kalau tak caya aku sertakan dengan tiket masuk nie. Kat tiket nie tak le tulis nama aku. Tapi tarikhnya ada kan??.... Tak caya jugak... pergi sendirilah.

Tuesday, December 26, 2006

Yang Tua Di sayangi



Inilah nindaku sayang. Pada usia 103 tahun, ninda menghembuskan nafas terakhirnya. Ninda ku ini amat menyayangi kakakku(gambar kecil di kiri). Memang kakak tinggal dan menguruskan makan minum nindaku ini.
Ninda ku ini adalah Ninda sebelah Ayah. Sewaktu hayatnya aku memang suka dan sayang dengan beliau. Paling suka, bila ninda membuat Kopi pekatnya. Terkenal di kampung Teluk Kemang, Sungai Mati, Muar. Oh ya Nama Ninda ku ini, Sadiah. Aku tak tau nama ayah dia, sebab aku kecil lagi ketika mengenalinya.
Awak ada atok atau nenek lagi ke?

Lena Yang Panjang



Tertidur lah aku selepas diberi makan oleh tuan aku, 3 ekor ikan kembong yang gemuk-gemuk. Aku Melantak sehingga kekenyangan, dek kerana telah 4 hari aku ditinggalkan tuanku. Akak dan ibu pulang berhari Raya Aidil Fitri, pada 20 hb November 2006 yang lalu.

AhHhhhh...... sungguh tidak aku sedar rupanya, gambar aku tergolek dok ini telah dirakan oleh ibu dengan megahnya. Lalu gambarku terbongkang ini tersiarlah di dalam Laman Web Ibu.

Terima kasih ibu.