Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, September 7, 2011

Bila Cinta Berbunga Lagi

Kalau Baca Tajuk rasanye macam sedap aje bunyi nye... Tentu semua orang nak baca lagi, dan lagi... Bila dah masuk blok nie, tak ada apa yang istemewa... Hampas... 

Perjalanan Meraikan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2011

27 Ogos - Keluar dari Rumah Kampung Baru Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi     Tidor Sebentar selama 30 minit di Hentian Air Keroh untuk rehatkan Mata mengantuk  Jam 10.00 pagi sampai di Felda Moakil Labis, Segamat rumah  Uteh Ali surat Khabar.  Jam  11.00 mula menganyam ketupat untuk dapat 100 biji untuk dijual kepada pelanggan.   (Uteh Ali mejual Daun ketupat Kampung )  . 100 biji ketupat kosong boleh dapat RM30.

28 Ogos -  Ahad.  Bertolak ke Muar jam 9.00 pagi  untuk menziarahi Pusara Ayah dan Bonda   yang terletak di Tanah Wakaf Kampung Simpang Baba ( Tanah Wakaf disini bersih dan   dijaga oleh pehak ketiga yang di amanahkan oleh JAIJ.  Singgah sebentar di Rumah Mak Uda Timah bertanya khabar . Mak Uda adalah  sepupu   Ibu- beliau sering mempelawa aku dan adik makan tengahari bila pulang dari sekolah -   setelah  emak meninggal dunia seterusnya setelah ayah meningga sepuluh tahun kemudian.  10.30 pagi, aku meneruskan perjalan menuju ke Labis tetapi menukar laluan masuk ke  lebuh raya  Pagoh ke Ayer Hitam.   Sekali lagi  aku singgah sebentar di H & R  Macam   Yoeng Peng untuk melepaskan rasa mengantuk.  Lima belas minit kemudian aku sambung    perjalanan menuju ke Ayer Hitam.  Di ayer Hitam ada rumah Arwah Abang Itam Ahmad.   Pukul  1.30 ptg aku park kereta jauh sikit dari rumah.  Ketika Azan Dzohor bergema , aku dah terpacak depan pintu rumah Kaka Ipar.  ucapkan "Assalamualaikum" kepada tuan rumah, anak saudaraku bernama Hafizah muncul, sambil lewa... tak terperasan dan menyangka emak saudara dia yang ada kat depan mata.  Demi mata bertembung sahaja,  terlopong dan terjerit-jerit ' eehhh Mak Chik..."   Kami bersalam dan berpelukkan ala-ala orang Arab gitu (Trend kasih sayang mengerat silaturarhim)

Malam minggu aku menjadi tetapi tak diundang dirumah peninggalan Arwah abangku.   Selepas  berbuka aku bersama Kakak Ipar menunaikan Solat Tarawikh malam yang ke 20 Ramadhan di Surau Taman Ros yang terletak seberang Tambak Labis Yong Peng, kerana Masjid Besar Air Hitam sedang dalam Pembinaan.  Sampai di pintu rumah  hidung aku dah kembang kempis kerana semerbak rempah sate telah mertebaran di ruang rumah kerana petang tadi mereka adik beradik telah mencucuk ayam untuk membuat sate.  Apa lagi tinggal order sahja lah.. Habis sepinggan sepinggan lagi... dengan sipembakar sete pun turut melurut ke dalam tekak mereka, takut bila habis bakar tinggal bara sahaja.