Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, July 1, 2013

Banggunan Sultan Salehuddin atau SUK

Terima kasih kalau sudi membaca nota kecil ini.

Menghadiri Majlis Perkahwinan memang menyeronokkan apatah lagi jika Majlis itu milik orang yang dikenali.   Tak sangka pulak tinggal seminggu lagi menyambut Ramadhan , ada jugak majlis perkahwinan. Seingat aku dulu, waktu tujuh dan lapan puluhan dulu, kalau dah dekat nak menyambut Ramadhan nie, jarang sekali majlis perkahwinan di adakan.  Kata mereka "Tak Manis, takut  terlupa tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa". Maklumlah  nama pun suami dan isteri .........    Namu di zaman sekarang ssemua itu sudah tidak dipandang lagi, rata-rata  orang mengatakan  "Tak akan lah nak buat kerja tu .......  "...

Nasiblah, kalau iman kuat tak apa.  Apa-apa pun kalau nak mula bab romantik tu ''' batalkan lah puasa dulu''' kalau tidak kena bayar Fidyah pulak... he... he....

29hb Jun 2013 adalah majlis perkahwinan Ustaz Kuliah Subuh Masjid Kampung Bharu.  Majlis diadakan di Bangunan SUK Shah Alam.  Aku hanya menjadi Pemandu kepada 3 orang Jemaah Wanita yang telah kewat enam puluhan. Agak sukarnya jugak lah nak mencari Bangunan SUK itu, memandangkan Co-Pilot pun dah sukar membacakan plan yang diberi, apatah lagi tulisan tang tertera kecil-kecil sangat.   Hampir sahaja 5 kali mengelilingi Masjid Negeri, jika tambah 2 pusingan lagi  dah menyamai Tawaf Baitullah. Ada 9 pintu yang aku temui.  Sebuah kereta lagi adalah Kak Tipah yang membawa 2 orang kenalan dia, jemaah Masjid jugak.  Harapkan Kak Tipah yang bawa kami merangkap menjadi pemandu pelancong kami, pun tak boleh jugak. Dia pun turut sesat.

Syukur Alhamdulillah, terjumpa Apartment Polis. lalu aku minta Cik Chah tanyakan pada seorang anggota Polis Trafik yang dah kelewatan untuk ketempat kerja , bertanyakan arah SUK.  Setelah menerangkan jalan mana yang kami kena masuk, kami pun bergegas membuat U turn.  Aku dapat pangillan dari Kak Tipah, katanya :Dah jumpa Pintu 2, temapt yang tak jauh dari rumah adik dia, tapi Pintu tu berkunci, bermangga pulak" . Dia pun SESAT lah jugak.  Lalu aku pun membuat tawaf lagi masjid Negri untuk ambil Kak Tipah yang tengah menunggu di pintu 7.  Aku pula yang jadi pemandu utama sekarang ini.

Akhirnya setelah berpusing-pusing di tempay yang serupa, barulah kami dapat mencari SUK yang terletak di atas bukit itu. LEGA or LEGOLAND lah rasa hati. Yang pasti dapatlah nanati menjamah juadah yang disediakan.

Nasi Beriani lauk ayam, daging, acar buah.  Pencuci mulutnya potongan oren dan cendol mamak...Berbalao-baloi .