Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 23, 2011

Angin Perubahan 2011

Dari 1999 hingga Ogos 2011 inilah kenderaan yang banyak jasanya pada Saya.  Pembelian ini amat diutamakan kerana tanpa dia saya mungkin sukar bergerak apatah lagi ketika itu anak saudara saya perlu di bawa setiap minggu ke Institut Jantung Negara untuk mendapatkan rawatan.   Setiap 3 bulan sekali  dia akan di bawa menerima rawatan. Rasanya dia nie lebih beruntung dari tuannya. Tuan dia kalau tak betul-betul punya sakit tak akan pergi jumpa doktor punya. 


Saya percaya jika rawatan yang yang dibuat mengikut skala yang betul pastinya kualiti dia akan sentiasa berada dalam keadaan yang bagus.  Namun perubahan cara kehidupan dan masalah jalan yang pesat membangun berserta dengan penambahan bilangan saudara dan suku sakatnye yang berkembang biak , tuannye telah mengambil keputusan menolak dia kepada Kenderaan Terpakai.  Itu pun kerana Tuan dia sudah tidak mampu meredah kesesakan dengan menekan clutch sampai nak kelenguh.

Ini kereta menyambut Syawal Tahun 2011



Ramadhan Pergi Aidil Fitri Menjelma Lagi

Ramdhan telah mencapai 24 hari. Tinggal 6  hari sahaja lagi untuk umat Islam berpuasa menahan diri dari Lapar dan Dahaga juga dari perbuatan yang membatalakn puasa.
Tahun ini Awal Syawal dan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia jatuh pada tarikh 31 Ogos 2011.  Apabila sesuatu perayaan itu disambut pada hari atau tarikh yang sama, makanya cuti bagi semua akan berganda-ganda.  Seronoknye apabila ini berlaku.. cuti dapat ditambah sehari lagi... ziarah menziarah menjadi tambah meriah.  

Pada Tahun ini sekali lagi saya bertemu Mantan PM, Tun Dr Mahathir di Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang pada Hari yang ke 3 Umat Islam Berpuasa.   
Handsome PM Malaysia