Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 25, 2009

DIA Lebih Mengasihi.....



ATONGKU SAYANG

Jam 3.30 pagi telefon aku berbunyi, menandakan aku mesti bangun untuk melakukan sembahyang malam, sebagai menambah amalan di bulan Ramadhan tahun ini. Aku mengusap Atong yang tidor di sebelah aku. Dah dua hari Atong sakit. Lemah dan pucat jelas kelihatan. Sebelum tidor malam tadi beberapa kali aku sudukan dia susu untuk mengalas perut. Dari semalam dia tidak makan. Tentu lapar benar-benar.



Aku sudukan dulu air masak kepada Atong. Malam tadi galak benar dia menjilat susu yang aku bagi. Seketika aku berhenti, mengusap-usap lagi tubuh Atong, yang lemah dan tidak berdaya. Wajah Atong dah bertambah pucat , tidak berdarah. Mata Atong pun dah macam hilang cahaya. Selalunya kalau di panggil dia pasti berbunyi kecil. Tiba-tiba Atong tersedak, aku terus bangunkan Atong. Atok terus juga tersedak dan berbunyi nyaring. Memancut susu dari rongga mulutnya. Habis terkeluar..... Aku usap dan terus mengusap badan Atong dengan rasa sangat sedih. Air mata merembis keluar,.... aku tahu Atong mesti aje nak pergi jauh. Terkujat-kujat Atong sambil menjerit menahan kesakitan. Tak lama selepas itu aku lihat Atong dah tak bernafas lagi. Akhirnya Atong mati di ribaan aku. Aku pandang jam didinding. Pukul 3.44 pagi. Agaknya dia memang nak mati di depan aku. 'Innalillah........' berkata hatiku. 'Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali. Aku tidak menanggis, cuma aku kemaskan tempat tidor Atong. Buang kertas-kertas yang aku jadikan alas tidor sebelum aku letakan dia atas tuala mandiannya.


Hari ini juga merupakan hari kelima umat Islam berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia. Pemergian Atong juga merupakan tahun kedua Kakakku pergi menemui ILLAHI. Semoga Atong dapat jumpa dengan kakak aku terlebih dahulu di Syurga, begitu harapanku.



Selepas menunaikan Solat Subuh, aku duduk dikatil tempat Atong menghembuskan nafas terakhirnya. Aku sebak dan menitis air mata lagi. Ina, anak saudara aku datang menenangkan, sambil berkata, 'makbul jua doa Ina, agar Atong dibawa pergi , bagi mengurangkan penderitaan dia. Lebih kurang jam 7.00 pagi aku kebumikan Atong di bawah pohon NONA bersebelahan jambakan bunga biru, tempat Atong selalu menyiram dengan pewangi aslinya. Banyak tempat juga aku mencari kawasan yang sesuai untuk menanamkan Atong. Dua tiga tempat aku gali, tanahnya keras dan berbatu. Akhirnya Aku kembali semula di bawah pohon Nona , tempat yang pertama aku gali untuk menanam Atong. sambil bermunajat pada ALLAH, agar memudahkan aku menggali. "Alhamdullilah, maha suci ALLAH". ALLAH permudahkan usaha aku , apabila tanah yang digali amat gembur. Dapatlah aku menggali dengan dalam lagi, semuat-muat tubuh Atong. Kemudiannya setelah berpuas hati aku masukkan Atong yang telah aku bungkuskan dengan kain batikku. Aku pasti merindui Atong... 'SELAMAT JALAN ATONG. MOGA KITA BERJUMPA DI AKHIRAT NANTI'.