Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Friday, July 13, 2012

Panggil Ambulance ke rumah

Jam 3.30 pagi, Lena kejutkan Akak, katanya dada dia sakit. Bawah Selangka kiri yang sakit sangat tu dah berjangkit ke kanan pula. Dia minta akak urut2kan tempat yang sakit tu. Ada ketulan keras kiri dan kanan. Bila tekan rasa sangat sakit. Akak tinggalkan Lena sejap untuk ke bilek air, ambil air sembahyang dan tunaikan sembahyang sunat 2 rakaat. Baru habis Doa, Lena panggil lagi minta urutkan tangan dia pula. Lepas urut sepuluh minit akak minta izin untuk tidor, sebab mata tak boleh nak celik. Jam 6.40 pagi Lena, kejut lagi, utk sembahyang Subuh. Dah sembahyang, Lena panggil lagi, Kata dia nak minta bawa pergi ke IJN. Tak tahan sakit. Akak hantar nota pada Zira-IPR, maklumkan nak bawa Lena ke IJN(Institut Jantung Negara) , Tapi Zira kata datang petang sahaja , sebab Dr Asahari ada sebelah petang. Ok aje akak kata kat Zira. Tapi kena ambil cylinder Gas dulu, sebab yang kat rumah dah habis. Lena, minta panggil ambulan pulak. Tanya dekat Klinik Gomez, kat ampang dia kata tak da perkhidmatan ambulan. Tel pulak 999, dapat mereka cadangkan IJN punya ambulan, Akak kata IJN tak sediakan ambulan. Lepas itu mereka cadangkan HKL, mereka tanya HKL, pun tak ada, jadi mereka hantar Ambulan JPA yang datang dari Ampang. Setelah beri alamat penuh, 15 minti kemudian Ambulan datang. Bawa Lena naik ambulan , cepat aje sampai. Lebih kutrang 10 minit. Sampai kat IJN, bahagian kecemasan. Setelah duduk satu jam , Puan Sharipah datang. Sembang2 kekejap, dia naik. Kami tunggu lagi. Jam 12 tghari baru dapat naik WAD Z2A3 bilik no 351. Jam 12.45 tghari akak balik dulu ke ampang dijemput oleh Ct aliza, sebab masa datang tadi naik Ambulan JPA. Malam ini tidur kat IJN Lah. Selamat beristiherat.

Wednesday, July 11, 2012

Ramadhan Semakin Menghampiri


Ya, Lagi  9 hari sahaja Bulan Ramadhan  akan Menjelma : Apa persiapan atau azam kita pada bulan ini selain dari Sembahyang Sunat Tarawikh .  Akak berazam untuk
  1. Puasa Penuh Sebulan -
  2. Sembahyang Sunat Tarawikh Sebulan Penuh
  3. Khatam Al-Quran
  4. Menderma untuk berbuka
  5. Sembahyang Sunat Dhuha Sebulan Penuh
  6. Memenuhkan malam dengan Qiamulail
  7. Bekerja mengikut waktu yang betul
  8. Tidak mahu menganyam ketupat
  9. Menziarahi Pusara Ibu dan Ayah jugak Kakak
  10. Sedekahkan Bacaan Yasin untuk siapa sahaja yang telah kembali keTahmatullah
  11. Menderma kepada Yang memerlukan
  12. Berbuka dengan sanak saudara
  13. Berbuka dengan sahabat karib
  14. Makan Nasi hanya di waktu berbuka
  15. Berbuka Kurma 3 butir dan bersembahyang Maghrib dahulu
  16. urangkan minuman berais dan bergas
  17. Tidak meninggalkan kerma ketika berbuka dan bersahur
  18. Bersembahyang Tarawikh berbilang masjid atau surau
  19. Tidur sehingga jam 1 pagi sahaja pada 10 malam terakhir Ramadhan
  20. Banyakkan beristighfar
  21. Banyakkan berselawat
  22. Membaca Asmaulhusna pada setiap pagi
Nanti sambung, ada 9 ari lagi untuk dipenuhkan, diprint dan ditampal, dibilik tidur,  Sekiranya kawan-kawan membacanya, sila bantu saya memehuhkan 100 impian ini ya.

Jangan lupa tinggalkan pesanan anda di bawah:

Terima kasih.

Library

Monday, July 9, 2012

Apa Yang Anda Fikir Tentang Hujan

Dah Jam 5.30 ptg.  Hari Hujan di Ampang, Tak boleh balik lagi.  Berlari ke kereta pun boleh membuatkan basah lencun. Jadi, sementara menunggu hujan rintik-rintik, Akak melayari internet, melihat blog yang tak seperti ini.  Lalu ambil kesempatan mengubah Hujan Hitam menjadi Hujan Putih dari kedudukan kanan hujan turun  dari sebelah atas pulak.    Hujan Putih bak Salji. hhmmmm hhmmm.

Ingin pulak merasa salji turun di Malaysia walau hanya setengah jam.  Tentu kelam kabut semua orang mencari tanah lapang, mahu merasa basahnya wajah bermandikan salji... eeemmmmm.... Yang pastinya bermacam lensa kemera dari kecil , sedang ke besar  klik sana klik sini, merangkam momen indah yang tak pernah terjadi.

Bersyukur ke Hadrat Illahi Akak masih bernafas lagi.. Mudah-mudahan hari ini menjadi lebih baik dari semalam, dan esok menjadi lebih baik dari hari ini.  Amin

Beruntunglah kepada manusia mengucapkan Alhamdulillah ketika hujan turun, dan Rugilah mereka yang  mengatakankan sebaliknya.

Carilah doa-doa tentang permohonan rezeki dari Yang Maha Esa, tentulah didalam ayat tersebut mengandungi perkataan HUJAN.

H- hanya pada DIA tempat kita memohon

U - Untuk mendapat kan keberkatan, kebahagian, kesengan, ketengan dan segala-galanya.

J - Janji kita tidak perna alpa mengingatkan DIA walau  dalam keadaan apa jua

A - Allah memandang Tinggi pada Hamba yang selalu ingat Pada DIA

N - Nescaya, lambat laun apa jua yang dikau Pinta ALLAH tunaikan juga. Bersabarlah.