Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Friday, July 13, 2012

Panggil Ambulance ke rumah

Jam 3.30 pagi, Lena kejutkan Akak, katanya dada dia sakit. Bawah Selangka kiri yang sakit sangat tu dah berjangkit ke kanan pula. Dia minta akak urut2kan tempat yang sakit tu. Ada ketulan keras kiri dan kanan. Bila tekan rasa sangat sakit. Akak tinggalkan Lena sejap untuk ke bilek air, ambil air sembahyang dan tunaikan sembahyang sunat 2 rakaat. Baru habis Doa, Lena panggil lagi minta urutkan tangan dia pula. Lepas urut sepuluh minit akak minta izin untuk tidor, sebab mata tak boleh nak celik. Jam 6.40 pagi Lena, kejut lagi, utk sembahyang Subuh. Dah sembahyang, Lena panggil lagi, Kata dia nak minta bawa pergi ke IJN. Tak tahan sakit. Akak hantar nota pada Zira-IPR, maklumkan nak bawa Lena ke IJN(Institut Jantung Negara) , Tapi Zira kata datang petang sahaja , sebab Dr Asahari ada sebelah petang. Ok aje akak kata kat Zira. Tapi kena ambil cylinder Gas dulu, sebab yang kat rumah dah habis. Lena, minta panggil ambulan pulak. Tanya dekat Klinik Gomez, kat ampang dia kata tak da perkhidmatan ambulan. Tel pulak 999, dapat mereka cadangkan IJN punya ambulan, Akak kata IJN tak sediakan ambulan. Lepas itu mereka cadangkan HKL, mereka tanya HKL, pun tak ada, jadi mereka hantar Ambulan JPA yang datang dari Ampang. Setelah beri alamat penuh, 15 minti kemudian Ambulan datang. Bawa Lena naik ambulan , cepat aje sampai. Lebih kutrang 10 minit. Sampai kat IJN, bahagian kecemasan. Setelah duduk satu jam , Puan Sharipah datang. Sembang2 kekejap, dia naik. Kami tunggu lagi. Jam 12 tghari baru dapat naik WAD Z2A3 bilik no 351. Jam 12.45 tghari akak balik dulu ke ampang dijemput oleh Ct aliza, sebab masa datang tadi naik Ambulan JPA. Malam ini tidur kat IJN Lah. Selamat beristiherat.