Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 21, 2012

Undangan Perkahwinan Tahun 2012




tO gETHER wE SHARE THE rETIRE pROGRAM 
Hari Ini telah dua bulan anankanda kesayangan ku meninggalkan aku sendirian. Sepi Tanpa Cerita.  Selalunya apabila  bersantai di atas tilam peninggalannya aku kan pasti menitiskan air mata mengingati saat indah semasa kami berdua melyari kehidupan  dibumi Allah yang Maha luas dan penuh pancaroba ini.  Acap kali air mata menitis mengenangkan dia yang telah tiada.
Pada bulan  November dan Sehingga Disember ini merupakan musim cuti sekolah. Maka ramailah ibu bapa membina masjid baru untuk anak-anak mereka yang telah sampai jodoh dan pertemuan.  Aku jugak tidak terlepas menerima undangan  Keraian Majlis perkahwinan samada yang hanya mengadakan doa selamat atau majlis kesyukuran atau pun Majlis besar-besaran.
Pada  17hba November yang baru berlalu aku telah pun menghadirikan diri di rumah Keluarga Ibu tiriku untuk meraikan majlis Kesyukuran anak tiriku yang bernam Zukri. Majlis di pehak lelaki telah diadakan pada bulan September 2012.  aku tidak menghadiri majlis tersebut kerana tidak sampai hati meninggalkan anakandaku Zalena sendirian , walaupun adik adik beliau menjaganya.  Kini aku Pasrah walaupun akhirnya dia pergi jua. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.

Pada 18hb pula aku menghadiri majlis perkahwinan adik Ipah anak buahku Azlin pula.  Sekejap sahaja pergi . Tiba dirumah pengantin perempun, hujan turun dengan lebatnya.  Mujurlah ketika itu kami telah pun sampai dan tengah makan.  Tidak lama selepas itu bunya Kompang pun bertalu=talu, menandakan Pengantin telah sampai untuk disandingkan di pelamin.  Dapatlah aku mengetik satu dua keping gambar.  aku cuma tahu nama pengantin perempuan itu SOFEA.
Malam 23 Nov ini aku dipelawa sahabat EtiQa aku untuk meraikan Majlis Kesyukuran beliau kali yang kedua di Seri Kembangan.  Mudah-mudahan Allah melapangkan masa untukku pergi meraikan majlis tersebut.  Sesungguhnya tempat untuk aku pergi itu amat asing. Makanya setelah tiada anakku aku kurang sedikit berjalan, sebab kegagalan aku membaca penunjuk jalan. Jika dulu dia lah yang mengarahkan aku belok ke kiri atau kenanan, samada perjalan itu jauh atau dekat.

Sementara pada  seawal bulan Disember pula iaitu 2hb Disember 2012 ini aku telah pun menerima undangan meraikan majlis persandingan Adik Ipar anak buah ku di Kampung Tiga Nenek, Kota, Rembau Negeri Sembilan.  Nama Pengantil lelaki Mohd Razeel bin Dayan dan  perempuan pula Nurul.  Aku mungkin pergi pada pagi sabtu.  Walau aku  bukan lahir dari kalangan keluarga ini tetapi Tok Wan Mudah bagai telah menganggap aku dan anakandaku zalena bagai keluarga mereka.  Sekalipun kami tidak pernah tersisih meraikan apa sahaja kenduri kendara yang mereka adakan. Kami tetap datang jika tidak lama sekejap.  Kasih sayang, keperihatinan , kemesraan dan kebaikan mereka menambat hati kami untuk terus bergaul keluarga besar ini.

Ops!!! Ada dua majlis perkahwinan pada 16 Disember.

1. Mohd  Firdaus dengan Nurhidayah. Kedua-duanya anak buah . 


Pagi ini 23 Nov ketika sampai di pejabat terdapat 1 sampul yang sangat comel tertera nama ku . Di sebelah kiri sampul kuning air itu tertera nama AIn & Syahim.  Lama aku mengingatkan siapakah empunya nama yang tidak ku kenali. Lantas aku membuka isi di dalam nya. aku baca satu persatu. Ok , sekarang dah ingat.  Anak Uplineku dalam MLM Shuanghor . Kak Norliza.  Memang beliau tak pernah lupa menghantar kad undangan biarpun aku tak pernah dapat menghadirkan diri.  InsAllah kali ini aku berazam untuk pergi.  Undangan yang penuh makna.  Tarikh Majlis pada 16 Dec 2012.




TERIMA KASIH ALLAH
atas kurniaan Mu kepada kebaikan
dan kemesraan keluarga ini.