Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, April 5, 2007

Akhmar Nak bersalin

Lagi berita yang menambah ahli keluarga

Akhmar nie anak menantu aku. Berkahwin pada bulan April 2005. Orang Kuala Lumpur.
Kata Lena, nak bersalin. dah masuk Wad hari ini 6.4.2007. Mudah-mudahan selamat.

Jadi kalau lahirnya, ini erti nya Cucu aku le. Hai.... tambah veteren gamaknya.

Mimi nak Bedah di Institut Jantung Negara



Semalam aku dapat massage, Mimi budak sabah (Kawan lena) nak operation kat IJN. Jantung dia dah tersumbat teruk. Lina pulak ada dua lubang kat jantung dia, sebagaimana di kata kan oleh doktor pada tahun 1998. Kata doktor kat IJN tu, lina dijangkakan dapat bertahan lebih kurang 10 tahun aje lagi. Canpur tolak , gedebak, gedebuk, pejam chelik, ini bererti tinggal lagi setahun dua aje dia dapat ku tatap wajahnya. Ya Allah, semakin sepi aku rasanya. Satu-satunya anak saudara yang tinggal dengan aku semenjak penyakit Jantungnya di kesan. Tulah gambar lena, dengan Buyok.

Tuesday, April 3, 2007

Kerja lagi

hai, boring betul le. semua kengkawan gi makan dah , lum pun pukul 1 ptg. dia orang dah lapau agaknya. entah. Nampaknya makan sorang-soranglah nie.
kat pejabat sekarang nie ada Chief, wan , zaini dan John. Tadi Awik datang, tapi dah balik. Tak keja lagi nak buat.

Malas sungguh ari nie. Entah napa.

Monday, April 2, 2007

Kawan Aku kat Pejabat


Inilah Yati, Kawan aku yang cuti , balik kampung di Alor Setar. Katanya ayah dia sakit. Semoga dia selamat kembali ke Kuala Lumpur.
Cun gila...

Kuala Lumpur - Kota Tinggi


Aku balik dari Kota Tinggi malam 1 April 2007. Jam 12.00 tengah malam. Sampai Kuala Lumpur jam 4.40 pagi 2 april 2007.


Ngantuk nya..... Aku balik dengan Cik Rubiah.

Ini gambar Jerry .

Yati cuti lagi

Hari nie dapat pangilan dari Azah, ala kawan Yati yang kecik molek tu. Kacau betul, dia siap-siap jadi penemuduga lak. Siap tanya bayak soalan lak. Macam Chief Inspector Police.

"Siapa kat sana" Tanya dia.
"Faridah". Jawab aku. Dia tanya lagi.
"Budak baru ke"?
"Ah ah... " kata aku.
"dah lama kerja?" ye... banyak lak songehnya.
"Baru lagi. Minggu lepas." Aku jawab.
"Baguslah cara jawab". kata dia lagi.
"Syarikat kita, hantar training".... dan macam-macam lagi dia tanya.
Akhirnya dia kata, aku jawab tak bagus...... memanglah, aku bukan suka jawab telefon. Dia nak ajak aku gayut lagi. Mintak maaflah, aku bukan kaki gayut punya. .....
Lain kali Azah, ajak Cik Yati gayut. Berjam-jam dia boleh .............

Ini orang suka hantar macam-macam dalam peti email aku. Kalau dia hantar perkara yang mengaibkan orang lain, aku balas balik. Jangan suka sebarkan kekurangan dan aib orang pada ramai orang. Kalau baik punya orang pergi hantar pada orang yang terlibat bagi tau dia apa hukumnya dia buat begitu.

Lagi satu , kita cermin diri kita sebelum kita cerminkan aib orang di cermin (peti email) orang lain.

Sampai jumpa lagi.

Aku pun bukannya baik sangat, cuma tak mahu bertambah tak baik disebabkan suka menyebarkan aib orang.

Balik Kota Tinggi


Saya balik kampung le. Tengok anak sedara, Ipin tu , ala yang kemalangan dihujung bulan Februari 2007 . Balik sekali untuk jemput Kekanda ku Cik Rubiah pulang semula ke Kuala Lumpur.
Apalah yang nak diceritakan pasal anak sedara kita yang kemalangan hari tu. Masih macam tu. Kita pun dah tak leh , dan tak terkata apa-apa. Belum cakap dah menitis air mata. Ialah dari dapat melihat segala-galanya , dalam sekelip mata , penglihatan hilang , menjadi gelap pekat, tanpa cahaya walau secalit pun.......
Oh Tuhan...... musibah datang tanpa disangka.