Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 9, 2011

Aku Ingin Hidup lagi - Keinginan Yang Tak Pernah Terpadam



Inilah berita yang sangat mengembirakan seluruh ahli keluarga walaupun dalam seribu kepayahan untuk menerima kenyataan yang anakanda Zalena telah mendapat Penderma Organ.

  • 18hb Oktober mendapat panggilan Stand By dari Pegawai IJN (Mak Chik ada di Maokil kerana melawat ayah Lena di Hospital Segamat . Alhamdulillah tengahri selasa tu ayah telah didaftar keluarkan dari HSg. Jam 4.30 petang sampai di Felda Maokil.  Berehat seketika sambil menonton Tv .  Dapat Pangillah dari Lena kata IJN panggil untuk masuk Wad.  Selepas Maghrib , Makchik , Emak dan Hisyam bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 10.30 malam sampai di IJN. Setelah berbual sehingga jam 12.00 mlm, kami balik kekampung Bharu dulu bersama-sama dengan kluarga CT Aliza.  Kami boleh datang balik jam 8.00 pagi hari  Rabu Oktober 19, 2011.
  • Malam Rabu 19hb Lena tidur di IJN bersama MIMI  untuk menanti siang hari (Pagi , sebelum jam 8.oo pagi kami dah sampai dari Kampung Bharu, berkumpul dibilek yang disediakan Tingkat 3. Dalam pada itu sileh berganti doktor pakar masuk, dari pakar makanan, pakar bius, pakar bedah, koordinator... dan lain-lainnye.  Mereka mempunyai tugas masing-masing yang perlu disampaikan kepada Pesakit dan juga Ahli keluarga dengan ringkas tetapi padat.  
  • Oct 19, 2011, jam 12.00 tghari Lena ditukarkan dengan baju bertali, dan didudukan di ats troli untuk di masukkan kedewan bedah.  Sampai pintu pertama , kami sekali lagi menanti , sebab surat consent dari Hakim belum diterima.   Jam 12.30 anakanda Zalena di tolak masuk . Emak dan adik-adik bersalam dengan salam terakhir.   Lena sempat membuat Jenaka  :Sekiranya ada orang tel kata dia pergi melancong ke Langkawi selama dua hari."   aku tanam tekad dia akan kembali sebagaimana harapan semua orang.
  • Liza dan anak-anak balik ke ampang.  Mak Chik dan Ibu Zalena beserta Hisyam menanti dengan penuh debaran.  "YA ALLAH pohon kejayaan untuk anakanda Zalena... agar dapat dia terus berbakti kepada kedua orang tuanya.  Kami menanti sehingga jam 12.00 malam, apabila Makchik meminta kebenaran dari Kordinator untuk bawa Ibu Zalena balik dulu.   Alhamdullillah, kata dia  "Boleh tunggu 10 ke 20 minit lagi Zalena akan di bawa ke WAD ICU" ."OK" Mak Chik kata.    Akhirnya tepat jam 12.30mlm dapatlak Ibu Zalena melihat anaknya di Wad ICU dalam keadaan yang tenang, tetapi penuh dengan wayar yang menyaluti tubuhnya.
  • Kita sambung lain kali ... nak buat kerja pulak..

Buang Bayi Semakin Ketara Berlaku

Semalam ada berita kesah seorang Bayi dibuang di tong sampah, dengan hanya dibungkus dengan kertas surat khabar sahaja.  Malang lagi tali pusat masih ada... menandakan ia baharu sahaja di lahirkan.  Ya Allah gejala membuang bayi semakin banyak berlaku , tidak adakah tindakan pencegahan yang lebih berkesan boleh dilakukan.   Apa tindakan yang sangat berhasil atau munasabah dari Jabatan Agama Islam sendiri.  Lemas memikirkan ini.

Pendidikan  Awal  anak-anak  Bermula di rumah
  •   Mengenalkan mereka kepada semua ahli keluarga - walaupun sebenarnya mereka telah tahu dan mengerti
  • Mengingatkan mereka apakah tanggungjawab atau peranan  setiap ahli keluarga  dan juga diri sendiri
  •  Memberikan contoh-contoh benda yang salah untuk dikuti, diteladani 
  • Memberikan contoh sesuatu perkara yang baik, dan patut menjadi contoh