Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, June 16, 2013

Bertemu Anak BOss lama Siti Hawa Nasuha


  • My Ritire Sharing Program .



Malam semalam selesai menunaikan solat Isyak berjamaah, aku dikejutkan dengan teguran seorang anak gadis.  Dia bertanya " Ini Kak Faridah ke. Saya main teka aje nie" "Kenal tak, saya Hawa Nasuha?" Sekejapan itu mataku kukedip-kedipkan untuk mengingati nostagia lama . Nama Nasuha itu senonim dengan nama rempah kari jenama "Mak Siti" yang aku pernah bekerja di kilang beliau.  

"Hawa?  Kataku separuh terjerit. sehingga Mak Chik sebelah yang mahu mendirikan 'solat sunat ' terberhenti dan meneguri aku akan kuatnya  suaraku itu.  Aku pun berpelukkanlah sebab sudah lebih 20 tahun tidak bertemu. Ketika meninggalkan kerja dulu usia dia baru menjangkau 10 tahun .  Kini Hawa telah mempunyai seorang anak  perempuan yang comel.  Lalu kami pun bertukar no hp.  Aku berjanji untuk datang menziarahi keluarga  beliau. Dia maklumkan Ibu nya pergi ke Dubai bersama anak perempuan beliau. Sedang adiknya Si Bulat telah bertunang dan dalam beberapa bulan lagi akan melangsungkan perkahwinan. Hawa berjanji akan menjemput aku kali ini.  

jIKA NAK MERASA MAKANAN BERHERBA SILA SINGGAH di NASUHA RESTAURANT & SPA


Terima kasih Allah menemukan aku dengan keluarga ini semula setelah begitu lama silatulrahim terputus, walau sebenarnya jarak bukan dikira sebagai pemisah di zaman sekarang ini. Patutlah seminggu yang lalu aku sangat berhajat ke Bandar Tun Razak tetapi terbantut kerana kawan yang hendak menemani itu kena kerja Lebih masa pula.

Sesungguhnya ALLAH Maha Kaya dan Sangat Memahami Hajat dihati para Hambanya.  Mintalah sesuatu yang baik akan pasti dikabulNYA.