Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, August 13, 2007

Dari RM100 jadi RM3

Malam minggu 11.8.2007 rumah Uteh di Feldo Maokil mengadakan khenduri kesukuran sempena menyambut Rosman Balik dari Qatar.

Sebelum pulang ke sana aku telah menghubungi adik beradik yang lain untuk pulang sebentar , bertemu dan melepaskan rindu. Pada malam itu datanglah Anjang dari Gemas, Pak Itam dari Air Hitam dan Long dari Ulu Tebrau ke rumah Uteh. Pak Itam berjanji untuk memerikan RM100 sebagai duit petrol untuk membolehkan kami berkumpul.

Sebela pagi sebelum berangkat pulang ke air Hitam, Pak itam telah menyelitkan wang kertas ke tangah aku.

"Nah bagai dijanjikan" katanya.

Oleh kerana hari pun gelap, jadi aku pun taklah melihat akan ia. Setelah semua abang-abangku berangkat pulang, aku pun duduk-duduklah dan membuka kembali tapak tangan aku untuk melihat jumlah yang dijanjikan. Seronoknya tak terkata. Tak Pernha dapat belanja sejak dah mula berkerja.

"Ha!, RM3.00 sahaja?" Aku tersenyum dan ketawa sendirian. Tentulah Itam telah tersilap menyeluk saku seluarnya.

Walau bagaimana pun aku tak patah semangat. Pagi itu bersama Lena aku ke pekan Chaah untuk berbelanja sarapan pagi.

"Itam Talipon." Kata Uteh. " Dia tersalah bagi duit belanja. " Sambung uteh menyampaikan pesan dari Pak Itam.
"Dia minta berbanyak maaf."

"Tak apa'" Nak buat macam mana. Hari gelap.

Tak dapatlah nak berbelanja besar di Tangkak. Membeli baju Raya.

No comments: