Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, January 2, 2007

balik kampung dan hari raya

Balik kampung lagi. Kali ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 31hb Desimber, 2006. Haji Akhbar lagi pada mereka yang menunaikan Haji kerana Ukuf jatuh pada hari Jumaat 29hb Disember 2006.
Kali ini misi aku balik kampung bukan sahaja untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga, ada yang lebih penting lagi iaitu membawa Kakak aku nan sorang nie pulang kembali ke Kuala lumpur. Bulan Sembilan yang lalu, masa menyambut Aidil fitri aku hantarkan dia balik ke Kota Tinggi, bagi membantu abang dan kakak ipar membuat persediaan perkahwinan anak dia. Tanggalnya 11 Nov 2006. Nor Ambrus Namanya. Dapat isteri orang Kuala Terengganu. Namanya sape yek, oh ye! Hanita. Kerja MISI.

Dalam perjalan pulang, keluar aje Tol Tangkak, terus aje masuk ke jalan Segamat. Nampak macam sediakala, maklumlah hari balik tu Hari Sabtu. Sempat juga aku ronda-ronda ke Alor Gajah, beli jering untuk buat makan dengan ketupat di pagi Raya nanti. Sedap gitu. Kembali semula bercerita pasal banjir yang telah menimpa saudara mara, orang senegeriku.

Sampai di simpang masuk Uitm, Segamat barulah aku jumpa air banjir tu, yang memenuhi Sungai gemereh(?) tak ingatlah, maaf. Nanti bagi tau yek!. Adalah rumah yang aku temui masih ditenggelami aras tangga. Malah ada yang lebih tinggi lagi. Sampai kat Segamat lebih kurang pukul 11.30 pagi. Terdapat rekahan besar di bawah jambatan keretapi. Sungai pun menjadi lebih besar. Entah kukuh atau tidak lagi jambatan kereta api tu. Minta-minta kerajaan atau JKR buatlah penilaian. Takut nanti lebih banyak nyawa terkorban.

No comments: