Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, August 9, 2009

Berjoging di Taman Tasek Titiwangsa

Tepat jam 8.00 pagi aku bergerak dari rumah untuk kepejabat. Hari Ini rasa sangat teruja setelah dua hari duduk dirumah. Badan pun dah naik pipih dek menjalar di atas carpet, dengan mulut yang tak berhenti mengunyah. Apa resepi ku di pagi Sabtu dan Ahad yang baru berlalu.

Pagi selepas menghantar Lena ke stesen Putra di Kampung bharu, aku bergegas ke Taman tasek Titiwangsa untuk berjogging. Marah sungguh Lena bila aku nyatakan untuk pergi berjogging, sedangkan pada minggu lepas dia mengajak ke sana aku buat tak indah. Akhirnya dapatlah aku menjejakkan kaki di tepi tasek Titiwangsa setelah lebih 5 bulan aku tidak kesana.

Memulakan langkah agak malas, aku berjalan santai mengelilingi taman dari tepiah Restoran Nelayan bawa ke tepi padang mainan anak-anak dan kemudiannya, berlari anak menuju ke gelanggan sepak takraw. Ada payong-payong dan khemah-khemah di depan di pasang berwarna putih, tetapi masih belum ada ramai pengunjung. Aku tinggalkan semua itu dan menuju pula keatas pijak Refleksologi. Aku tigak singgah di reflexsologi tersebut, hanya memerhatikan dua tiga orang, lelaki dan perempuan memijak-mijak dan mengelilingi tapak tersebut. Ada yang memakai stokin dan ada yang tidak. Aku teruskan lagi berjalan dengan berselang lari-lari anak. Hampir jam 9.30 pagi baru aku berrehat.

Aku intai pula sekumpulan lelaki dan perempuan tua membuat Tai-Chi. Oh Maaf, bukan saja yang tua ada juga yang muda. Seorang Guru yang agak gempal sedang mengajar mereka. Sesekali terdengan penerangan beliau tentang keutamaan gerakan yang akan dibuat atau yang telah mereka buat sebelumnya. Kadang-kadang bahasa Inggeris dan kadang-kadang bahawa Cina. Aku cuma mendengar denga teliti apabila penerangan dalam bahasa Inggeris diberikan.

Maaf panjang pula cerita aku pasal berjogging tadi. Pagi ini aku cuma menjamah Quaker Oat sahaja untuk bersarapan selepas habis berjogging. Makan tengahri ku merangkap makan malam dengan bahan yang sama juga. Quaker Oat. Sebenarnya makan Quaker Oat ini tidaklah mengenyangkan langsung, tapi aku bersabar jugalah menahan rasa lapar.

Oleh kerana masa masih panjang lagi, aku pun mula membuat projek menjahit langsir Hari Raya yang telah separuh siap. Hari ini aku cuma menyudahkan menyiapkan kaki kain langsir. sebelum digantung. Langsir aku pada tahun ini berwarna Oren . Raya betul......