Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, November 22, 2007

Masa Kecil Yang Menyeronokkan






Sebenarnya ada banyak kenangan masa lalu yang boleh kita catatkan , agar tidak hilang dari ingatan selama kita hidup di dunia ini.
Add Imageni. Apakah kenangan ayng paling indah dalam hidup anda yang dapat di kongsi bersama saya untuk kali ini?

Masa Kecil yang Menyeronokkan.

Usia kecilku banyak dihabiskan di sawah padi. Pulang saja dari sekolah aku kan pasti meniti tali air untuk menangkap Ikan Tempala yang cantik di letakkan di botol kaca yang lutsinar. Dengaki dengan kemilau mereka , aku letakkan botol-botol kaca itu berdekatan. Cara ini dapat menaikan keghairahan ikan tempala memandang antara satu sama lain dengan perasaan geram. Maka akan mereka melanggarkan kepala mereka ditepian botol, bagai menghentam pihak lawan disebelah sana. "Kesian" itulah ungkapan yang selalu aku katakan. Paling tidak aku bersorak kerana ikan tempala nampak gagah.

Lalu bila matahari mula membawa diri ke dasar bumi, aku meniti pula batas padi. Di kiri kanan aku tanam Chili , terung dan bendi. Hidup subur menghijau. Chili merah dan hijau berlumba sesama sendiri berbuah lebat. Begitu juga terung, menjulur buahnya bagai lengan bayi yang berumur 3 bulan. Sedangkan bendi, megah menunjuk langit. Acapkali jika hendak makan berulam, ke batas sawahlah emak meniti memetik sayur-sayuran. Apalah itu semua tinggal kenangan jua. Semua itu dah tiada lagi. Malah batas sawah pun aku dah tak kenal lagi.

Berdayung ke sekolah

Sekolah rendah ku terletak diseberang sungai, Sungai Muar. Setiap pagi jika tidak, abang, abah yang hantar ke sekolah. Bersusun aku dan abang di atas perahu menuju ke sekolah , Sekolah Kebangsaan Temiang, Muar.

Jika air pasang, mudahlah sedikit. Laju sampan menuju ketebing sekolah. Jika air surut, payah sikit. nak naik tebing pun mesti kena becak. Air pasang dalam paling dinanti. Lopak-lopak air di sawah, tali air penuh. Menggunakan " Kelapa Komeng" sebagai pelampung, berhanyutlah aku di tali air dengan mengocak-gocakkan kaki, agar perjalanan tidak tersangkut di tebing tali air.

Tak sudah dengan berendam, pungut pulak siput sedut sawah. Balik potong-potong suku badannya, direbus , campur pula dengan batang keladi, masak lemak kuning. Tak perasan sedara datang menumpang sedut. Habis.

Air pasang dalam juga mengingatkan aku pada EMAK yang sangat pandai berenang. Cakaplah apa saja jenis , emak akan pasti melakukannya. Sayang, aku tak pandai berenang. Jika tiada ramai orang, emak akan pasti melakukan senaman ringannya, berenang di tali air yang memang khas di buat untuk tempat mandi manda, walau pun disebelah tumah telah ada perigi khas untuk mandi.

Pondok di Sawah Terbakar.

Apa yang menyebabkan kami berpindah di Kampung Simpang Baba, kerana pondok tempat kami menginap terbakar. Kami sekeluarga telah berpindah di kampung simpang baba.

Kakaklah yang berlari-lari lebih awal untuk sampai di pondon sawah. Sebagaimana biasa kakak terus melangkahkan kakinya diatas Lesung Padi , yang kami buat sebagai anak tangga) untuk melangkah masuk rumah. tangan kakak terus sahaja menyelak langsir untuk melakukan langkah seterusnya. Rupa-rupanya kakak hanya menyelakkan angin. Kakak tak perasan pun yang pondok kami telah terbakar habis. Tiada apa-apa. Hanya Lesung itu sahaja yang masih elok. Kakak jerit sekuat hati "Makkkkkkk...... pondok kita dah tak adaaaa......" Kami yang masih bebrapa meter lagi nak sampai , hanya terlopong sahaja. Masing-masing berlari ke arah bekas yang terbakar.

Apapun keadaannya kami dah tiada apa-apa lagi yang hendak dicari. Terduduk kami semua dalam kesedihan. Apatak nya pondok itu tempat kami melepaskan penat lelah setelah berkerja. Makan dan tidur, memasak , bersembahyang dan semuanya.

Kakak masih terus mencari apa-apa sahaja yang masih bersisih. Duit kertas dah tentu hangus, jadi abu. Duit Shiling tentulah hitam dan berkarat. Sedng barang kemas pun begitu juga. Kakak himpun semua untuk dibersihkan. Yang tinggal hanya "Rantai Emas " emak yang seutas itu. Hitam......

Akhirnya kami berpindah sementara di pondok menyalai kelapa.

No comments: