Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, December 23, 2012

Cuti Krismas - Kemana Nak Melepak ?

Semalam apa yang berllaku dalam hidupku?

Bangun Pagi jam 5.30 pagi. Menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim dan kemudiannya  menguruskan anak-anak seramai 12 ekor. Ekor? anak kuching le. Comel, Castello, Adik , Kakak, Bulat, Bulu, Hitam, Buang, Putih, Tompok, Manis dan dua lagi Sikuning dan si merah Kucing jiran belakang rumah.   Gaulkan nasi dan ikan goreng, letakkan secekut-secekut dan biarkan mereka makan.  Ada juga yang tangan panjang, jika orang lain nak tumpang makan , kenalah penampar. Paling menyakitkan bila kuku singgah di muka.

Selesai memerhatikan gelagat mereka, aku   bersiap-siap pula untuk melepak di Masjid Kampung Bharu mendengar cerama Agama. Sekali sekala kena jugak turun menambah ilmu paling tidak dapat
 mengasah otak agar tidak lalai dari tanggungjawab menjadi Muslimah yang sejati. Jika tidak hanya pada nama sahaja Islam, yang lainya lintang pukang.  Kata Ustaz, jika 40 hari ilmu tidak di tambah ianya akan menyusut lalu, hiduplah kita tanpa berpanduan. Lama-lama tak kenal mana yang halal mana yang haram. Hentam keromo aje.....

Jam 9.15 samapai kat Masjid, telah bermula DR Rubiah K Hamzah melontarkan suara ganas dan penuh ketegasannya.  Kadang0kadang naik terkejut mendengar suara beliau , apabila menyuarakan rasa ketidak puasan hati terhadap tingkah dan sikap sambil lewa ibu-bapa mendidik dan memantau anak-anak.  Pemberian Hp juga mendatangkan satu gejala sosial yang sangat teruk di kalangan ibu bapa. FB jugak merupakan satu lamat sosial yang membuat peningkatan kes perceraian di Malaysia.  antara kes-kes yang diceritakan nya :


  • HP anak penuh dengan gambar lcah. Bila ditanya, bagaimana dapat , ibu dan ayah yang beri.
  • Ada Suami yang minta isteri hantar gambar bogel nya  melalu Hp aje.
  • Ada anak yang berusia 6 tahun bertanya : "Apakah suami akan tahu dia sudah tiada dara jika berkahwin nanti".
  • Ada jugak yang bertanya:" Boleh cerita kesah Malam Pertama Ustazah pada dia tak?
  • Pelik tetapi itulah sebahagian dari nya.
Selain itu, kata usataz beberapa hari yang lalu, dia dapat sms dari sahabat dia di Aceh mengatakan bahawa  telah dua kali bunyi Ngauman yang sangat kuat di laut Aceh.  Sebenarnya itu adalah Ngauman Dajjal yang sudah dekat nak muncul .  Maka Ustazah kata, "Hendaklah kita melaungkan Azan dimana-mana jua, kerana selagi ada Azan dilaungkan Dajjal tidak dapat Muncul di muka bumi lagi.

Jam 11.00 pagi pula adalah giliran Samkamikaze dan Haliza Helmi.dan Ustaz Shahazan

Sebagaiman biasa Sam mencerikan riwayat hidup dia sebelum menjadi pendawah dan selepas itu.  Katanya semasa menjadi  Artis dulu, dia mencipta lagu untuk seronok-seronok. Nyanyian tentang memuja perempuan, mengasyikkan, lupa langsung pada Sang Pencipta Yang Maha Kaya.  

Heliza pula bercerita tentang pemergiannya ke Gaza yang baru lalu. 

"Ya Allah Berikan Kekuatan dan Semangat Yang Jitu kepada Saudara Ku Di Palestin Untuk  Menyelamatkan Tanah Air Mereka dari Diceroboh dan Membebaskan Masjidil Aqsa yang Tercinta"
Amin