Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 20, 2012

Chekodok Kelapa

Petang Semalam untuk berbuka puasa aku hanya membuat chekodok kelapa sahaja. Mudah untuk dibuat, dalam 15 minit genenti dah dapat makan.  Chekodok ini selalu kubuat masa kecil-kecil dulu bila nak kesekolah. Kadang-kadang di bawa bekal sekali. Checokod  ini selalunya akan dicampur didalam rojak di kedai mamak.  Cuma chekodok ku tidak menggunakan sosnya sebab itu diletakkan gula sedikit.

Bahan-bahan

1 cawan kelapa parut putih
2 sudu makan gula
1 1/2  cawan tepung gandum
secubit garam.
Air
Minyak untuk mengoreng.
pewarna hijau atau ikut suka.

Cara membuatnya

Campur sahaja kelapa, gula  dan tepung berseta sedikit pewarna hijau dengan air masak mati.  Patut-patutlah nak masukkan air itu, jangan nanti adunan menjadi lembik dan tak cantik.

Panaskan minyak dan setalah panan, sudulah adunan dan masukkan kedalam minyak panas.  Gorenglah sehingga berwarna sedikit kuning atau sehingga garing (Ikut suka).

Bila sudah masak , angkatlah. Seterusnya makanlah apa tunggu lagi.