Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, December 18, 2012

Buah Melaka Diberi Nama

Hari Isnin Yang lalu Tekak ni macam orang mengidam pulak. pagi-pagi lagi dah menidam nak makan buah Melaka. Susah tu, nak kena pergi negeri Melaka tempat  Mohd Ali Rostam memerintah.  Bukan dekat mau 2 jam perjalanan kesana. Tidak Mengapa. Petang nanti balek dari kerja singgah sebentar di kedai runcit di jalan Raja mahmud untuk beli bahan membuat nya



Resepi  Buah Melaka Sedap

1/2 peket tepung Pulut -(Tak Kira Cap Apa, Jika ada tanda HALAL Jakim, Alhamdulillah.
1/2 cawan air masak sejuk
1/2 biji kelapa parut putih
1 piring Gula Melaka atau kabung.
Air untuk mencelur
Garam secubit

Caranya

1  Masak air setengah periuk sehingga mendidih.
2. Letakkan Tapis Kelapa di atas mulut periuk.
3. Taburkan Kelapa parut yang telah digaul Gram diatas Tapis Kira-kira 5 minit
4. Angakt Tapis dan masukkan Kelapa di dalam Mangkuk  atau pinggang.

Adunan Tepung

Campurkan perwarna hijau dengan  Tepung dan dtambah air sedikit demi sedikitr . Uli sehingga  tidak melekit . Bulat-bulatkan sebesar shiling 20sen atau 50sen(Ikut suka)

Potong Gula melaka atau kabung  bersaiz ibu jari tangan.

Ambil Seketul adunan , buatkan lubang ditengahnya, masukkan gula sebutir, dan dikambuh semula. Pastikan tiada rongga yang terbuka. Masukkan  terus kedalam air yang mendidih.  Sementara menanti bulatan pertama timbul,  Buatlah sehingga adunan habis.

Jangan lupa mengangkat buah yang telah timbul tadi dan terus meletakkan kedalam Kelapa yang telah dikukus. Digoyang-goyangkan untuk kelapa menyaluti seluruh permukaan buah.

Siap. Sudah Boleh dimakan.





4.