Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 20, 2012

Berkelah di Port Dickson Negeri Sembilan

Hari ini dapatlah aku menunaikan Solat Subuh di Masjid Kg baru lagi. Setelah selesai baccan Yassin, aku pulang kerumah untuk menyambung rutin pagi, memberi makan anak-anak. 12 ekor semua termasuk Si Kuning yang gedempol.  Jam 9.15 pagi baru berangkat pula ke pejabat di Pesona Capital, Taman Kosas

Pagi itu aku ingatkan Farah, kerani baru untuk masukkan parts yang diterima dari Proton kedalam Portal baru mereka yang diberi nama DPM.  Kerja memasukkan data ini mudah sahaja, tetapi ada juga 1 , dua item yang tidak dapat di downloadkan sebab, tak ada dalam sistem. Tak taulah macam mana pengrekodan yang dibuat oleh pihak pemproroses data di Proton itu.  Di sinilah masalah timbul bila nak buat RO . Bila part tak masuk bererti tak boleh keluar balik = bagai barang tak boleh dijual,  Makanya tergantunglah Kerja.

Berbalik pasal Farah ini, nampaknya bolehlah dicagarkan untuk membuat kerja-kerja kerani.  Berbanding  sebelumnya yang asyik FB sahaja sehingga kerja  hari-hari nak buat sekali dalam sebulan.  Hari-hari FB, FB, Fb... bila ditegur "Mana ada Kak, itu waktu tak ada kerja atau tak ada pelanggan aje.  Bila cek kerja dia, tak ada satu apa yang di buat. Nasiblah dapat bebudak yang baru habis belajar, berlagak pandai, berlagak cekap, habisnya kena tegur sikit lari lintang pukang, minta emak bapak jemput balik.  Kikk... kikk.. ha... ha... itu belum cabaran lebih besar di terima...