Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 20, 2012

Bercuti kemana di Hujung Minggu ini?

Hari ini Hari Jumaat 21.12.12 (hari ini genaplah 3 bulan pemergian anakanda kesayangku  mengadap
 Yang Maha Pencipta  Yang Sesungguhnya  Lebih Menyayangi Beliau - ALFATEHA)

Tidur Awal malam tadi, kerana sedikit terganggu dengan kelajuan internet di pejabat, ssekejab ada sekejap tak ada, sekejap terputus, kerjanya hanya mer"repair" sahaja.  Tengah-tengah menaip, hilang, tak sempat nak di"save"kan. 

Terjaga sahaja dari tidur, hidung terbau sesuatu yang mengancam.... bergegas ke dapur kerana bau yang kuat itu datang dari arah sana.  Terbuka luas mata ku kerana ada  sebag durian yang telah dibukakan sedikit.  tak percaya, semalam ada rasa nak makan durian, pagi ini dah dapat rezeki. Alhamdulillah.

Malam tadi kawan serumah ku memang ada membuka pintu bilek "Akak , dah tidur ke" " emmmm".. kataku dalam dengar tak dengar.  Malam tadi tidak makan nasi, hanya minum susu dan berbuka puasa dengan cekodok kelapa sahaja.  Sebabnya semalam pagi, aku timbang dah naik sekilo.  Jadi ada rasa nak diet sikit.  Jadi kurangkan makan nasi diwaktu malam. Lagi pun Kak Tipah kata, "Mana boleh makan lagi kalau dari pukul 9 malam" Menegur aku ketika dia mendengar kuali aku mendesirrr.... Goreng ikan kerisi panjang 3 ekor dan ikan pelaling 3 ekor.  Makan Ikan kecil-kecil sahaja. Rasanya lemak dan manis.

Jadi , kerana rezeki dah depan mata aku pun mula  melongkahkan kulit durian, Demi terpandang sahaja isinya, tak sabar terus masuk kemulut seulas, EMMMM  punyalah lemak dan berkrimnya durian itu.   Aku buka tiga biji, untuk di simpan . Petang nanti aku berhajat nak buat Bubur Kacang tambah durian. Sodap begitu.

Sampai pejabat awal sedikit hari ini, jam 8.45 pagi.  Beritahu Erra untuk kemas dan susun atur bilek aku semula sebab rasa tak selesa.  Oleh itu kami pun bergotong royong membersihkan sebahagian almari pejabat dan almari aku sekali.  Akhirnya  5S pun terlaksana pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini.   

Selepas habis mengemas, aku belek Utusan Malaysia bertarikh 18 Oktober, 2012, yang telah kusisihkan dari bakul sampah, kerana ada artikel yang sangat mengujakan untuk ku baca.  Dah lebih setahun tidak kemana-mana, kerana dalam masa itu, kerjaku hanya berulang -alik ke IJN untuk menjaga Arwah. Siang ke pejabat, malam menemankan Arwah  tidur di IJN.  Bahagia yang tidak boleh dinyatakan dengan kata-kata.  

 Dalam Megasantai itu terdapat keterangan tentang tempat percutian yang mengujuakan itu .

Ada gambar kuda , ada gambar kambing, ada gambar cabin, ada ruang bilek yang sangat selesa, terdapat jugak surau, dewan untuk mengadakan mesyuarat, karaoke dan televisyen. Selain itu untuk pakej perkahwinan jugak disediakan.  Aktiviti lasak jugak disediakan  seperti flying fox, paint ball, jungle tracking dan seangkatan dengan nya.  Jarak perjalan jugak hanya 45minit dari Kuala Lumpur.  Apakata anda layari laman ini untuk mendapat penerangan terperinci  di AR-Raudhah