Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, December 23, 2012

Balik Kampung 28 Disember di Moakil, Labis

Ada apa nak balik kampung tu Nanti?

Ceciter!!!!!!

Mulanya mereka pagil kita balik hari Jumaat. Malamnye ada Khenduri Yassin dan Tahlil untuk anak buah kita  Zalena.   Tiba-tiba kata tak jadi pulak, majlisnya dipercepatkan pad malam Jumaat. Jadi kita kena balik hari Khamislah.  Alhamdulillah kita dapat sampai jam 7.15 mlm di Felda Moakil tu. Majlis pun belum bermula.

Masa  khenduri ini ada jemputan khas tukang masak dari Rembau, iaitu Wan Munah diberi nama.  Tok Wan ini masaknya memang best. Tak ada ngelat-ngelat punya. Kalau masak lemak chili api no 1.  Piau punya.  Malam itu ahli majlis menjamu selera dengan pelbagai lauk pauk di masak oleh Wan Munah.

Masakan terdiri daripada

1- Rebung Masak Lomak campur Udang
2- Jantung Chelur dengan sambal belacan
3- Ayam masak kicap
4- Sayur campur.

Kesmua masakan ini telah disediakan oleh Wan Munah dengan penuh keikhlasannya.  Habis sehingga menjilat jari.  Semua tetamu rasa puas hati kerana kelainan dalam penyediaan menu, yang jarang-jarang berlaku diakhir-akhir ini. 

Pagi Jumaat itu, hujan turun dari pagi sehingga jam 11.  Dek kerana keadaan tanah yang lembab, jam 4 ptg baru dapat kita ziarah Pusara anakanda tersayang.  Alhamdulillah, lena dah dapat rumah baharu yang indah.

AL-FATEHA untuk anakanda tersayang.