Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, March 19, 2007

Kuala Lumpur, Ibu Kota

Sampai Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia jam 7.30 petang, hari Jumaat.

Tak turun kat dalam Pudu Raya, turun kat luar aje. Nampak banyak Teksi dengan pemandupemandu yang berbaju putih. Aku jalan menonong, tegak semacam aje. Ingat nak ambil teksi kat tempat menunggu, Jangan haraplah, memang tak ada. Yang bersidai kat tepi jalan naik ke Pudu Raya tu banyak le.. Ada yang tanya "Nak kemana?"."Kampung Baru" kataku."RM15" katanya. "Gila" dalam hati aje kat. Mereka ingat aku nie tak pernah datang KL agaknya. Yelah kalau dipandang sekali lalu , wajah aku memang macam orang sana tu...tu... orang PATIlah. Tapi kalau pandang dua tiga kali macam Datuk Siti N..... eh..eh.. ekh..ekrr... Perasanlah aku. Entah kenapa, aku jalan-jalan keliling Mydin lepas tu gi pulak dekat area Pasar Seni. Jalan-jalan aje tu. Konon nak dapatkan Bas terus ke Kampung Baru. Tak ada Le... Ma'aflah, aku memang tak biasa naik bas sejak 6 tahun Lepas, Almaklumlah, aku dah punya kereta. Kereta Kancil Warna Maroon.
"Tengah tulis tulis nie datang pulak Cik Noorhayati kawan baik aku nie, minta doakan dia emmmmm..... , nie pasal dia dengan cerita aku nak gi Buat Umrah bualan Mei tahun nielah tu...." InsyaAllah....
Oy ya. aku dapat naik Bas Metro No 6, turun kat Stadium Jalan Raja Muda. Jalan kaki 10 minit damapi lah kat rumah di Jalan Raja Mahmud Kampung Bahru.
Habis lah cerita kesa aku ke JB dan balik semula Kat Kuala Lumpur, Ibu Kota Malaysia.
Bila tulis Ibu Kota, aku teringat kat watak Aziz Kota kat TV3, Apa khabar dia agaknya?.....dalam slot Melodi, tak salah aku...

jb6

Perjalan pulang ke Kuala Lumpur.

Punyalah 'tension"nya naik bas nie. dari Larkin, singgah kat Skudai. Lagi Skudai singgah pula kat Yong Peng. Lepas Yong Peng singgah pulak kat MACAP. Tempat makan-makan pemandu Bas. Makan Free agaknya. Peringatan : Kalau nak beli tiket kemana-mana , sekali pun nak cepat pastikan BAS tu hanya ada 1 ke 2 tempat duduk aje. Yang nie baru betul. Jangan jadi macam Mak Chik nie laa... , suka-suka beli, suka-suka naik, padahnya bas tu kosong sekosongnya. Masa naik tu seram juga, sebab tak ada sesiap. Hanya pemandu dengan kelindan aje. Teringat kesah-kesah sedih dan derita Cik.... yang kena .... dan bunuh dengan pemandu Bas di kelang. Mujurlah selpas 2 minit, masuk lagi dua tiga orang penumpang. Lelaki Oooo... semuanya. Bas pun gerak dah...

Aku sampai lebih kurang pukul 7.30 malam di Kuala Lumpur.
Nak tau apa jadi lak bila aku sampai di Kuala Lumpur, Ibu Kota Malaysia.

jb5

Aku ke HSAJB
Hari nie aku nak g lagi ke Hospital. Ngah telefon, katanya dia nak balik, sebab kaki dia dah kebas dan bengkak. Dia nak berehat pula. Pelannya aku nak gi lewat sikit, tapi dah dia telefon suruh Mak Ngah datang aal sikit, aku pun bergegas kemas-kemas kan kain baju, mandi dan gosok baju sikit-sikit. Mak Ngah aku suroh jemput, Siti Zulaika, yang berekolah. Terpaksa bawa dia, sebab takut bila dia balik sekolah, kat rumah tak ada orang. Nanti takut pulak dia, apatah lagi kalau Ngah lambat balik. Ani(Kakak Siti Zulaika), balik pukul enam petang dari kerja. Selepas Ika balik dan bersiap, kami pun bertolaklah ke Ulu Tebrau untuk jemput abang Long dan Kakar Ipar. Pukul 12.00 ptg baru dalam bergerak ke Hospital. Sampai Hospital , awal juga lah . Pukul 1.00 petang. Orang ramai dah. Bila dah sampai kat atas, Tingkat 5 Barat, aku sembang-sembang dengan Ipin(yang kemalangan itu). Dia bukanlah boleh cakap, cuma angguk-angguk dan geleng-geleng aje. Dia masih dapat lagi mengenali semua orang yang datang melawat dia. Alhamdullilah. Ingatannya masih baik. Walaubagaiman pun aku masih sempat bergurau dengan dia ." Aweks dah datang?" katanya, "mana ada aweks, aweks dah lari". Begitulah bila manusia itu ditakdirkan kehilangan sesuatu, pada diri mereka. Mengikut cerita Kakar Ipar dan Ngah, ramai kengkawan dia datng, setiap hari, ialah dekat sedikit dengan tempat kerja. Mudahlah untuk mereka melawat. Lebih kurang pukul 2 ptg itu habis waktu lawatan, aku pun nak beransurlah... Aku tumpang Long pergi ke Stesyen bas Larkin. Jam dah tunjuk pukul 2.30 ptg masa tiba kat stesyen Larkin. Toleh kiri toleh kanan, dapatlah pencari tiket yang katanya Bas dah nak bertolak. Aku pun tanpa menyelidik dulu terus belilah tiket tersebut RM25. Aku pun naiklah Maju Express(lupa nama penuhnya).Aku telefon Long kata bas dah jalan. Nak tau apa terjadi selepas itu???.........geramnyannnn.....

jb4

1.3.2007
Aku di Kota Tinggi.

Oleh kerana tak jadi balik Kuala Lumpur, aku pun minta izin Long untuk pergi rumah Kakar Ipar kat Kota Tinggi. Aku kata nak pinjam keta dia. Jawab dia "boleh, tapi kena balik juga". Aku pun terdia aje, lalu minta dia hantar kat Ulu Tiram, Nak pergi naik bas aje. Entah macammana tiba-tiba dia kata 'kalau nak pergi, bawalah keta, Long nak rehatlah esok, budak-budak tu biar long hantar naik motor aje". Begitu kata Long aku. Alhamdullilah, selamattt..... Begitulah fikiran orang tua-tua. Memikirkan yang nak aku lawati itu merupakan ibu kepada yang kemalangan, jadi dia tak berkira sangat. Maka bergeraklah aku pada jam lapan malam ke Kota Tinggi. Sampai kat rumah Ngah lebih kurang pukul 9 malam. Dalam perjalanan ke sana, ada kemalangan motor dengan treller. Motor tu duduk di bayar tayar paling belakang sekali. Baru kena agaknya. Ini berpandukan kesesakan jalan yang hanya 10 minit aje. Biasalah kan pemandu-pemandu kat Malaysia nie memang suka mengintai, menjengok, ambil tahu dengan apa yang terjadi di jalan-jalan raya. Aku pecut lagi, tapi dengan berhati-hati, tak laju hanya 60km/j. Takut wooo.....
Ok lah . mengantuklah.

jb3

Aku nak cerita pula kisah, bagaimana sepatutnya aku balik ke Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Sebenarnya aku cuti hanya satu hari aje iaitu hari Rabu. Sepatutnya malam Khamis tu aku balik semula kat Kuala Lumpur. Tapi tak jadi.

Macam nie ceritanya :-
Semasa nak masuk kereta, tu semua bag pakaian dah letakkan kat depan, beranda(kata orang dulu-dulu) kecuali bag sandang(bag tangan). aku bawa masuk semula , takut pula dikebas orang. Sambil menunggu Long, Kak Siti Aishah, Junaidah berkemas, aku pun lepak-lepak dengan Faisal main 'game' kat Komputer. `Dah siap!" kata Long. Apalagi aku pun bergegas keluar. Kakar Ipar suroh aku pandu keta ke Hospital. Tak ingat langsung dengan Bag tangan cantik tu. Sampai aje kat Laman Hospital, aku pun tanya anak saudara aku, Zalena :"Mana Bag Tangan Mak Chik". "Entah" katanya. Apalagi melilaulah aku, mencari kat tempat duduk yang dah penuh tu. Siap-siap buka bonet lagi, nak tengok betul ke tak ada. Sah, memang tertinggal, (dalam ingatanku) aku tinggalkan dia atas meja makan. Full Stop. Cayalah.
'So' tak leh balik lah aku. Apo nak di kato!!!!!... tundalah cuti.

jb2

28.2.2007
Semalam lupa lak nak cerita, kemalangan tu berlaku di Kampung Seluyut. Dah tak jauh dari simpang masuk Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.

Ipin dapat kemalangan tu pukul 5.30 pagi, Isnin 26.feb, 2007. Dia naik kereta Kancil.

Sambunglah cerita, tengahri Rabu di hospital Sultanah Aminah, JB.

Sampai kat HSAJB, dah pukul 1.30 ptg, maka dapatlah masuk setengah jam aje.

Ya Allah, memang serius sebagaimana yang dilapurkan oleh Anjang. Aku tak sanggup nak tengok pada mulanya. Lama-lama apabbila semua orang dapat tengok keadaannya, barulah aku curi-curi pandang dengan sebelah mata dulu. Memang aku paling takut tengok orang kemalangan. Eee... tak sangup. Oh Tuhan, matanya di tutup rapat. Dari cerita yang aku dapat daripada Kakak Ipar, mata sbelah kirinya dah buang, sedang mata kanan kabur-kabur gitu. Tak taulah macam mana nak buat lagi. Kesemuaanya datang dari Allah dan kepada dia kita
pohon kesejahteraanNya.

Kemalangan yang menimpa anak saudara yang sangat manja ketika usianya ini, telah menyebabkan dia tidak dapat melihat dan menikmati lagi keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Oh Tuhan berikanlah dia kekuatan untuk menhadapi hari depannya yang penuh kegelapan.
Walaupun begitu, kemalangan ini tidak pula mencacatkan anggota badannya yang lain. Hanya matanya sahaja. Ya, mukanya sedikit rosak, dengan tulang pipi yang retak, gusi yang beralih, Leher yang sedikit terkoyak.

Kemalangan berlaku semasa dia balik dari kerja malam. Dengar cerita, dia tidur dulu di rumah kawannya seblum bergegas pulang, kerana seingatnya ayahnya nak guna kereta untuk ke pasar. Sedangkan pada hari Isnin selalunya, pasar Kota Tinggi tu tutup. Apa nak buat, telah
tertulis di Azali, dia akan menghadapi musibah pada saat dan ketika itu. Kereta yang dipandunya telah merempuh belakang bass, yang tidak berhenti di persimpangan jalan, tetapi terus masuk dan membelok ke kiri. Besar kemungkinan pemandu bas itu tidak melihat kiri dan kanan dahulu untuk masuk ke jalan besar. Anak saudara saya pula cuba mengelakkan bas terebut dengan masuk lorong sebelah kanan. Lorong sebelah kanan pula ada kereta datang, jadi dia pun masuk semula. Tapi disebabkan adanya bas tersebut anak saudara tak boleh buat apa-apa.

Nak jadikan cerita, bas yang baru keluar simpang nie lambat pergerakkannya, maklumlah namanya lagikan bass..... tentulah berat, dan mengambil masa nak meneran, apatah lagi keluar simpang tu mendaki bukit sedikit. Maka jadilah kemalangan tersebut yang telah melenyapkan satu pancaindera yang tersangat mahal pada jasad manusia yang bernyawa.

Hati-hatilah memandu......