Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, March 19, 2007

jb5

Aku ke HSAJB
Hari nie aku nak g lagi ke Hospital. Ngah telefon, katanya dia nak balik, sebab kaki dia dah kebas dan bengkak. Dia nak berehat pula. Pelannya aku nak gi lewat sikit, tapi dah dia telefon suruh Mak Ngah datang aal sikit, aku pun bergegas kemas-kemas kan kain baju, mandi dan gosok baju sikit-sikit. Mak Ngah aku suroh jemput, Siti Zulaika, yang berekolah. Terpaksa bawa dia, sebab takut bila dia balik sekolah, kat rumah tak ada orang. Nanti takut pulak dia, apatah lagi kalau Ngah lambat balik. Ani(Kakak Siti Zulaika), balik pukul enam petang dari kerja. Selepas Ika balik dan bersiap, kami pun bertolaklah ke Ulu Tebrau untuk jemput abang Long dan Kakar Ipar. Pukul 12.00 ptg baru dalam bergerak ke Hospital. Sampai Hospital , awal juga lah . Pukul 1.00 petang. Orang ramai dah. Bila dah sampai kat atas, Tingkat 5 Barat, aku sembang-sembang dengan Ipin(yang kemalangan itu). Dia bukanlah boleh cakap, cuma angguk-angguk dan geleng-geleng aje. Dia masih dapat lagi mengenali semua orang yang datang melawat dia. Alhamdullilah. Ingatannya masih baik. Walaubagaiman pun aku masih sempat bergurau dengan dia ." Aweks dah datang?" katanya, "mana ada aweks, aweks dah lari". Begitulah bila manusia itu ditakdirkan kehilangan sesuatu, pada diri mereka. Mengikut cerita Kakar Ipar dan Ngah, ramai kengkawan dia datng, setiap hari, ialah dekat sedikit dengan tempat kerja. Mudahlah untuk mereka melawat. Lebih kurang pukul 2 ptg itu habis waktu lawatan, aku pun nak beransurlah... Aku tumpang Long pergi ke Stesyen bas Larkin. Jam dah tunjuk pukul 2.30 ptg masa tiba kat stesyen Larkin. Toleh kiri toleh kanan, dapatlah pencari tiket yang katanya Bas dah nak bertolak. Aku pun tanpa menyelidik dulu terus belilah tiket tersebut RM25. Aku pun naiklah Maju Express(lupa nama penuhnya).Aku telefon Long kata bas dah jalan. Nak tau apa terjadi selepas itu???.........geramnyannnn.....

No comments: