Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, March 19, 2007

jb2

28.2.2007
Semalam lupa lak nak cerita, kemalangan tu berlaku di Kampung Seluyut. Dah tak jauh dari simpang masuk Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.

Ipin dapat kemalangan tu pukul 5.30 pagi, Isnin 26.feb, 2007. Dia naik kereta Kancil.

Sambunglah cerita, tengahri Rabu di hospital Sultanah Aminah, JB.

Sampai kat HSAJB, dah pukul 1.30 ptg, maka dapatlah masuk setengah jam aje.

Ya Allah, memang serius sebagaimana yang dilapurkan oleh Anjang. Aku tak sanggup nak tengok pada mulanya. Lama-lama apabbila semua orang dapat tengok keadaannya, barulah aku curi-curi pandang dengan sebelah mata dulu. Memang aku paling takut tengok orang kemalangan. Eee... tak sangup. Oh Tuhan, matanya di tutup rapat. Dari cerita yang aku dapat daripada Kakak Ipar, mata sbelah kirinya dah buang, sedang mata kanan kabur-kabur gitu. Tak taulah macam mana nak buat lagi. Kesemuaanya datang dari Allah dan kepada dia kita
pohon kesejahteraanNya.

Kemalangan yang menimpa anak saudara yang sangat manja ketika usianya ini, telah menyebabkan dia tidak dapat melihat dan menikmati lagi keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Oh Tuhan berikanlah dia kekuatan untuk menhadapi hari depannya yang penuh kegelapan.
Walaupun begitu, kemalangan ini tidak pula mencacatkan anggota badannya yang lain. Hanya matanya sahaja. Ya, mukanya sedikit rosak, dengan tulang pipi yang retak, gusi yang beralih, Leher yang sedikit terkoyak.

Kemalangan berlaku semasa dia balik dari kerja malam. Dengar cerita, dia tidur dulu di rumah kawannya seblum bergegas pulang, kerana seingatnya ayahnya nak guna kereta untuk ke pasar. Sedangkan pada hari Isnin selalunya, pasar Kota Tinggi tu tutup. Apa nak buat, telah
tertulis di Azali, dia akan menghadapi musibah pada saat dan ketika itu. Kereta yang dipandunya telah merempuh belakang bass, yang tidak berhenti di persimpangan jalan, tetapi terus masuk dan membelok ke kiri. Besar kemungkinan pemandu bas itu tidak melihat kiri dan kanan dahulu untuk masuk ke jalan besar. Anak saudara saya pula cuba mengelakkan bas terebut dengan masuk lorong sebelah kanan. Lorong sebelah kanan pula ada kereta datang, jadi dia pun masuk semula. Tapi disebabkan adanya bas tersebut anak saudara tak boleh buat apa-apa.

Nak jadikan cerita, bas yang baru keluar simpang nie lambat pergerakkannya, maklumlah namanya lagikan bass..... tentulah berat, dan mengambil masa nak meneran, apatah lagi keluar simpang tu mendaki bukit sedikit. Maka jadilah kemalangan tersebut yang telah melenyapkan satu pancaindera yang tersangat mahal pada jasad manusia yang bernyawa.

Hati-hatilah memandu......

No comments: