Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, March 19, 2007

jb1

Pagi Selasa tu, aku dah bangun macam biasa. Dah siap pakai baju nak ke pejabat. Tiba-tiba dapat panggilan abang aku, Anjang yang kat Gemas, bagitau anak saudara, Kamarul Arifin (Ipin) dekat Kota tinggi kemalangan. Teruk juga katanya lagi. Masuk ICU. gitu. Aku Tanya Anjang, mana dia dapat berita nie, ala-ala nak siasat konon, jangan sampai cerita main-main. Eh,eh... adake main-main katanya. Betul ni kemalangan. Dia dapat cerita nie dari Anak saudara aku yang lain, yang adik ipar dia kerja dengan Ipin tu.
Setelah dapat berita tu, aku pun telefonlah Long kat Ulu Tebrau, bagi tau dia hal nie. Memang aku dah duga Ngah, (yang anak dia kemalangan ) tak mungkin sempat nak bagitau sedara-sedara yang lain. Ialah, tentu tengah pening.
Walau bagaimana pun Aku tak balik hari tu, aku minta Long pergi dulu, sebab dia yang terdekat. Malam nanti barulah aku ke sana.
Malam Selasa tu aku pun naik bas ke JB sama Lina. Sampai kat Stesen Bas Larkin, aku telefon Long suruh ambil. Jam pukul 4 pagi masa tu. Adalah Abang, ke tah Pak Chik teksi beberapa orang, lawa hak hantar, Aku kata nanti Abang datang ambil. Adalah setengah jam untuk sampai dari Ulu Tebrau ke Stesen Larkin. Aku tunggu jugalah, Sementara tu, lina beli Burger MacD. Lahap aku makan. Baru dapat separuh jatuh pulak MacD aku tu.. Eee... geram. Aku memang suka makan MacD. Sedap.
Tak lama Long pun sampai dengan anak dia Fadli. Sampai rumah Long lebih kurang pukul lima pagi. Pulamak tidur tak nyedor langsung. Tau-tau dah pukul 8 pagi. Tido mati agaknya.
Lebih kurang pukul 12 tengah hari barulah bergerak ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Itu pun selepas Junaidah(anak Long no 3) hantar anak-anak sekolah. Nak pakai keta tuan rumah. Kenalah ikut peraturan. Apatah lagi keta lain tak da. Sambung nanti ......

No comments: